Bersedekahlah walau hanya RM1
Langkau ke kandungan utama

Bersedekahlah walau hanya RM1




Keajaiban sedekah yang paling ajaib adalah sedekah yang mampu mengikis sifat kikir dan bakhil dari dalam hati. Sifat kikir dan sifat bakhil adalah sifat jahat yang akan membawa seorang hamba masuk ke dalam neraka. Sifat bakhil dan kikir bila dikekalkan di dalam hati akan membuat iman tiada tempat di dalam hati. Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang telah mencontohkan kepada kita untuk menjadi seorang peribadi yang pemurah.

Kalau kita sedar dari mana datangnya harta, tentu kita tidak akan merasa memiliki harta tersebut. Dalam kita berusaha, akal dari siapa? tenaga dari siapa? kesihatan dari siapa? Bukankah semua datang dari Allah? Harta yang datang dari Allah mengapa kita rasakan harta itu milik kita? Mengapa kita abaikan perintah Allah agar kita menjadi seorang yang pemurah, mengembalikan harta yang dari Allah itu kembali ke jalan Allah iaitu dengan menyedekahkannya.

 

Jangan kejar fadilat

Dalam bersedekah, jangan kejar fadilat. Fadilat itu hak Allah. Allah boleh beri, Allah boleh tunda, Allah boleh beri tapi tidak seperti yang kita sangka, pokoknya fadilat itu hak Allah, kekuasaan Allah.

Bila kita kejar fadilat, fokus pada fadilat, kejaiban sedekah yang paling ajaib akan kita lewatkan, iaitu terkikisnya sifat bakhil dan suburnya rasa hamba. Bahkan boleh jadi kita malah terjebak merasa hebat kerana sudah sedekah. Kalau begitu, bukannya keselamatan yang kita dapat, malah justeru celaka.

Memang Allah tidak akan mungkir janji. Sedekah satu Allah akan balas 10, 70, 700 bahkan tak terhingga. Katalah sedekah 1 juta, 10 juta mungkin kita dapat. Tapi apalah ertinya dapat 10 juta bila kemudian kita merasa hebat, merasa sudah soleh dan lupa akan dosa-dosa.

Sepatutnya, ketika dapat 10 juta itulah tersungkur kita di hadapan Allah. Sepatutnya kita rasa kerdil. Sepatutnya kita rasa hamba. Sepetutnya kita rasa, kalaulah Allah tidak gerakkan hati untuk sedekah tentu sedekah itu tidak akan kita buat. Kita rasa malu, kita rasa hina di hadapan Allah. Selain rasa kehambaan yang makin subur, sifat bakhil pun perlahan-lahan akan semakin terkikis dari hati kita.

Seperti bacaan tahiyat yang wajib kita baca setiap sholat. Kalau tidak membaca bacaat tahiyat ini, tidak sah solat kita.:

“Ya Allah, segala penghormatan, keberkahan, selawat, dan kebaikan hanya milikMu.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.