KCPbantu | Kuantan City Portal - Laman Bantuan Sosial Setempat Untuk Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Home Top Ad

KUCHING: Seorang bapa kepada kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah paru-paru, asma dan jantung berlubang merayu pihak berkaitan ...

Bapa rayu bantuan kos rawatan anak


KUCHING: Seorang bapa kepada kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah paru-paru, asma dan jantung berlubang merayu pihak berkaitan untuk mendapatkan rumah sewa di pusat bandar raya ini bagi memudahkannya membawa anak mendapatkan rawatan kesihatan.

Abang Zayid Abang Zaini, 42, yang bekerja sebagai buruh berkata, dia memerlukan bantuan berkenaan kerana anak bongsunya, Nur Fatin Fatihah yang berumur setahun 11 bulan perlu menjalani pemeriksaan rapi di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Pusat Jantung HUS di Kota Samarahan setiap bulan.

Lebih menyedihkan kata Abang Zayid, dia bersama isterinya, Rafidah Ismail, 41 dan anaknya itu sekarang tinggal di bilik sewa yang sempit di tingkat empat sebuah bangunan di Matang Jaya di sini dengan bayaran sebanyak RM300 sebulan.

“Akibat kesukaran ini ditambah pula dengan pendapatan yang tidak seberapa, saya tidak mampu
menyediakan kediaman lebih selesa untuk anak bongsu saya yang menghidap penyakit kronik sejak dalam kandungan.

“Justeru, saya merayu kepada pihak berkenaan dan orang ramai supaya dapat membantu keluarga saya mendapatkan rumah atau flat sewa dengan kadar yang mampu di kawasan berdekatan HUS,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurut bapa kepada empat orang anak itu, dia tidak kisah dengan keluasan rumah, asalkan selesa untuk keluarganya lebih-lebih lagi Fatin yang amat sensitif dan tidak digalakkan bercampur dengan jumlah orang yang ramai.

Sebab itu, kata Abang Zayid, anak-anaknya yang lain terpaksa tinggal bersama nenek mereka di Kampung Lintang ekoran masalah tersebut serta tempat tinggal yang didiami tidak mampu memuatkan mereka anak beranak.

Bagaimanapun katanya, beliau tetap tabah berdepan ujian meskipun terpaksa bekerja sendiri demi menyara keluarganya serta menanggung kos sewa bulanan bilik dan kos perubatan anak bongsunya itu. “Isteri saya tidak bekerja kerana perlu menjaga Fatin. Dengan pendapatan bulanan saya sekitar RM1,000 itulah saya gunakan untuk menyara kami sekeluarga termasuk membayar kos sewa bilik dan kos rawatan dan perubatan Fatin.

“Namun, ia masih tidak mencukupi walaupun ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan,” katanya. Abang Zayid memberitahu, kisah beliau merayu untuk mendapatkan bantuan rumah sewa di bandar raya ini demi anak bongsunya yang sakit pernah dikeluarkan dalam akhbar sebelum ini, namun sehingga kini belumada pihak yang tampil membantu mereka sekeluarga.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Abang Zayid boleh menghubunginya di talian
01116746657.


0 comments:

Advertisement