Bapa jual motor untuk kos rawatan anak
Langkau ke kandungan utama

Bapa jual motor untuk kos rawatan anak



SAYA mahu menjual motosikal bagi menampung perbelanjaan harian keluarga termasuk kos berulang-alik ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) tempat anak dirawat bukannya menipu seperti didakwa,” kata Mohd Khairul Najmi Rodwan.

Mohd Khairul Najmi, 22, berkata bayi lelakinya, Azim Mikail yang dilahirkan pada 20 Jun lalu di Hospital Lipis kini dirawat di HoSHAS, Temerloh kerana kritikal berikutan dilahirkan tidak cukup bulan iaitu tujuh bulan dan mengalami pendarahan pada otak serta paru-paru.

Katanya, kesihatan isterinya, Nurul Edayu Zulkafli, 25, turut terjejas kerana sering mengalami sakit perut selepas melahirkan anak kedua mereka menyebabkan dia perlu mengambil cuti bagi menjaga isterinya yang juga suri rumah. “Saya bekerja di bahagian penyelenggaraan di sebuah kilang kelapa sawit di Jerantut, dan apabila kerap mengambil cuti majikan pun memberhentikan saya pada minggu lalu, saya runsing memikirkan bagaimana mencari duit bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga. “Selepas berbincang dengan isteri, kami memutuskan untuk menjual motosikal saya jenis Yamaha LC135, sekurang-kurangnya duit daripada jualan itu dapat menampung perbelanjaan kami termasuk berulang-alik ke hospital yang terletak kira-kira 90 kilometer (km) dari rumah kami di Damak, Jerantut," katanya ketika ditemui NSTP di HoSHAH, Temerloh, hari ini.

Mohd Khairul Najmi berkata, dia kemudian mengiklankan motosikal miliknya untuk dijual di akaun Facebooknya, Mirza Uzail semalam dan ia ditularkan oleh netizen yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga. “Ada menghubungi saya menangis-nangis mahu membantu, ada juga nasihatkan supaya jangan jual motosikal... ramai yang ingin menghulurkan bantuan tetapi ada juga menuduh saya ingin menipu. “Ada kata saya ‘scammer’ dengan meletakkan gambar bayi pada iklan itu untuk mengaut keuntungan semata-mata, sebenarnya saya hanya mahu mencari duit bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga dengan menjual motosikal bukannya meminta sedekah. “Saya sudah tidak tahu dari mana hendak dapat duit bagi menampung perbelanjaan keluarga. Ada netizen yang setuju untuk beli motosikal berkenaan pada harga RM4,500,” katanya.

Mohd Khairul turut mengalu-alukan mereka yang ingin menghulurkan sumbangan supaya datang ke HOSHAS untuk melihat sendiri keadaan anaknya bagi mengelakkan sebarang tuduhan tidak berasas dilemparkan. “Saya diberitahu oleh orang ramai yang mereka kini tidak dapat memasukkan duit ke akaun milik saya... saya tidak pasti mengapa ia berlaku mungkin kerana terlalu banyak transaksi menyebabkan bank membekukannya buat sementara waktu. “Saya akan ke bank esok untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Buat masa ini orang ramai boleh berhubung dengan saya di talian 019-9650482,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.