Anak menghidap jantung berlubang, vokalis Margasatwa mohon bantuan
Langkau ke kandungan utama

Anak menghidap jantung berlubang, vokalis Margasatwa mohon bantuan

Bagi yang ingin memberikan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 7049493386 atas nama Mohd. Akmal.


KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Margasatwa, Mohd. Akmal Hakim Mokhtar, 26, memohon sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan penyakit jantung berlubang yang dihidapi anaknya, Puspa yang kini berusia tujuh bulan.

Mohd. Akmal ketika dihubungi Kosmo! berkata, Puspa perlu menjalani pembedahan dalam kadar segera dengan kos yang dianggarkan oleh pihak hospital sekitar RM35,000.


“Buat masa ini, Puspa masih dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada Selasa depan.

“Justeru, saya memohon bantuan orang ramai untuk meringankan beban kos pembedahan yang dianggarkan mencecah sehingga RM35,000,” katanya.

Bagi yang ingin memberikan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 7049493386 atas nama Mohd. Akmal.

Sumber: Kosmo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.