KCPbantu | Kuantan City Portal - Laman Bantuan Sosial Setempat Untuk Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Home Top Ad

 Orang awam yang ingin membantu boleh salurkan kepada: Bank Islam : 14171010007586 No Tel: 017-3505681 (pejabat Pertubuhan Kebajikan Ba...

Tujuh beranak tinggal dalam stor mohon bantuan

 Orang awam yang ingin membantu boleh salurkan kepada:
Bank Islam: 14171010007586
No Tel: 017-3505681 (pejabat Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur)



KUALA LUMPUR 2 Jun - Penderitaan tujuh beranak yang tinggal di stor sebagai tempat berteduh di Kampung Pasir Baru di sini sejak dua tahun lalu berjaya menambat perhatian Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan, Kuala Lumpur,

Semuanya bermula apabila pertubuhan itu dimaklumkan mengenai kewujudan keluarga berkenaan menerusi borang permohonan bantuan yang dikemukakan keluarga tersebut beberapa hari lalu.

Pengurus pertubuhan berkenaan, Asiah Abdullah berkata, pihaknya segera bertindak dengan menemubual keluarga itu selain membuat lawatan ke stor yang dijadikan tempat tinggal mereka.

Katanya, stor berkenaan dihuni oleh Shahdi Abdullah, 43, isteri, Farizah Ibrahim, 41, bersama-sama lima anak mereka yang berusia antara lapan hingga 15 tahun.

"Saya difahamkan Shahdi telah lapan bulan hilang pekerjaan sebagai pemandu lori dan isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa. Kini dia (Shahdi) membantu rakan menjual burger di kawasan berhampiran kediaman mereka.

"Sekarang, keluarga berkenaan perlu membayar sewa stor berkenaan sebanyak RM200 sebulan. Sebelum ini, mereka menyewa rumah di Puchong, namun dihalau kerana tidak mampu membayar sewa," katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Asiah, pihaknya turut memberi bantuan berupa katil, peti ais, beberapa biji tilam selain barangan dapur untuk keluarga berkenaan.

Sehingga semalam, katanya, keluarga berkenaan dibenarkan mengambil makanan berbuka puasa di pejabat persatuan setiap hari yang berada tidak jauh dari tempat tinggal mereka.

Bagaimanapun, sesiapa yang ingin membantu keluarga ini, sila hubungi di talian 017-3535085 (Ustaz Dino) atau 017-3505681 (pejabat Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur). Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Bank Islam di nombor 14171010007586.

Sumber: Utusan 





0 comments:

Advertisement