Keluarga daif mohon bantuan pulihkan rumah usang
Langkau ke kandungan utama

Keluarga daif mohon bantuan pulihkan rumah usang



KOTA BHARU, 25 Jun ― Sebuah keluarga 13 orang terpaksa tidur berhimpit-himpit di rumah papan rosak, reput lagi usang dekat Pasir Tumbuh di sini.

Saadiah Samat, 63, tinggal bersama enam anak lelaki dan seorang anak perempuan, menantunya dan empat cucu di rumah berusia 30 tahun itu.

Katanya, anggota keluarganya tidur bersesak di rumah arwah suaminya yang mati 11 tahun lalu kerana mempunyai satu bilik, lapor Harian Metro.

"Bagi kami yang dewasa tidaklah kisah mengenai kesulitan tidur tetapi bagi kanak-kanak terutama yang kecil, mereka akan rasa tidak selesa," katanya.

Saadiah berkata kekangan kewangan menyebabkan beliau tidak mampu membaiki kerosakan dapur, bilik, ruang tamu termasuk lantai reput dan bumbung bocor.

Beliau berharap ada pihak sudi membantu membaiki rumahnya kerana enam anaknya itu, berusia 26 hingga 38 tahun, berpendapatan tidak menentu.

Sementara dua lagi anaknya, kini berusia 25 dan 27 tahun pula tinggal di kampung berdekatan dan juga di Johor, tambah wanita itu lagi.

Keluarganya memohon bantuan beberapa pihak untuk membaik pulih namun tiada tindakan susulan diterima.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.