Bimbang anak-anak terabai, ibu tunggal terpaksa hantar ke rumah anak yatim
Langkau ke kandungan utama

Bimbang anak-anak terabai, ibu tunggal terpaksa hantar ke rumah anak yatim

Orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh menghubungi Che Wan di talian 019-5167814


MERBOK - Dua anak perempuan terpaksa melupakan hasrat meneruskan pengajian manakala seorang lagi dihantar ke rumah anak yatim akibat kekangan kewangan dihadapi seorang pesakit kanser berstatus ibu tunggal.

Che Wan Mon Omar, 44, berkata, salah seorang daripada anak perempuannya baharu sahaja habis tempoh menginap di rumah anak yatim yang sama sejak lapan tahun lalu, kerana melebihi usia 17 tahun.

Menurutnya, anak sulung, Intan Shuhada Ahmad Fauzi, 20, baharu sahaja tamat peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) manakala anak kedua, Intan Syafiqah, 18, baharu sahaja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kalau dua-dua nak sambung belajar, saya memang tak mampu nak sara jadi terpaksa lupakan dulu niat tu, kalau boleh memang saya nak anak-anak sambung belajar, depa pun mau juga tapi apakan daya saya pun tengah berperang dengan kanser,” katanya.

Menurut Che Wan Mon, anak sulung kini bekerja di pasar raya bagi menggantikan dirinya mencari sumber pendapatan keluarga manakala anak kedua sering menemaninya ke hospital untuk rawatan susulan dan kimoterapi.

Katanya, sejak suaminya meninggal pada 2009, dia bekerja sebagai promoter di sebuah pasar raya untuk menyara anak-anak.

“Sekarang saya tak mampu lagi bekerja sejak disahkan kanser T-cell limforma yang menyebabkan benjolan membengkak di leher, saya cepat letih, demam, berat badan susut dan tak lalu makan,” katanya.

Selain Intan Syafiqah, anak ketiga, Nurul Najwa juga menginap di rumah anak yatim sejak enam tahun lalu sekaligus mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung ibu tunggal berkenaan.

Dua anak lagi, Muhammad Helmi, 15, dan Intan Nafiesya, 11, sering ditinggalkan di rumah dan berdikari menguruskan diri sepanjang ketiadaan Che Wan Mon ke hospital atau dimasukkan wad, sama ada Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani mahupun Hospital Pulau Pinang.

Dia bagaimanapun bimbang kerana dimaklumkan perlu dihantar ke Ampang bagi tujuan rawatan susulan yang memerlukan perbelanjaan besar.

“Masa bulan puasa rancang nak buat biskut raya untuk dijual tetapi bila jatuh sakit dan masuk wad lima hari, terus tak jadi, sedangkan bahan-bahan dan pun beli,” katanya.

Keluarga ini menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. Orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh menghubungi Che Wan di talian 019-5167814.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.