KCPbantu | Kuantan City Portal - Laman Bantuan Sosial Setempat Untuk Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Home Top Ad

Orang ramai yang ingin menyumbang bagi meringankan beban keluarga ini boleh hubungi: Khatijah di talian 011-25640832

Rumah menunggu masa menyembah bumi

Orang ramai yang ingin menyumbang bagi meringankan beban keluarga ini boleh hubungi:
Khatijah di talian 011-25640832


Setiap kali hujan mereka berdepan kesulitan kerana terpaksa menggunakan lebih 20 baldi untuk menadah air di­sebabkan bumbung bocor.

Mereka juga sedih memikirkan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba dengan keadaan rumah mereka yang semakin uzur.

Khatijah berkata, kerana tidak mampu hidup menyewa, mereka sekeluarga terpaksa mendiami rumah pusaka bapanya yang sudah meninggal dunia.

Katanya, akibat kesempitan hidup, dia bersama suami, Mohd. Yusoff Abdullah, 39, serta lima orang berumur setahun sehingga 14 tahun tiada pilihan selain terpaksa berteduh di rumah tersebut walaupun dindingnya semakin reput serta berlubang dimamah anai-anai. “Jika sebut tentang rumah, saya sangat sedih. Rumah peninggalan ayah yang serba kekura­ngan inilah tempat kami menyambut hari raya sejak 14 tahun lalu. “Saya sedih kerana permohonan bantuan rumah kami belum ada tindakan dan jawapan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Khatijah berkata, pendapatan suaminya sebagai penoreh getah sebanyak RM500 sebulan ha­nya cukup untuk makan minum mereka sekeluarga.

Katanya, pernah suatu ketika anaknya tidak dapat ke sekolah selama seminggu kerana tiada wang. “Kami berharap pihak berwajib dapat membantu keluarga kami. Kami juga tidak membuat sebarang persiapan hari raya dan menyambutnya ala kadar seperti tahun sebelumnya,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh meng­hubungi Khatijah di talian 011-25640832.



0 comments:

Advertisement