Nenek mohon cucu dipulangkan
Langkau ke kandungan utama

Nenek mohon cucu dipulangkan

“SAYA merayu pulangkan semula cucu ke pangkuan kerana hati ini terlalu merinduinya dan berhasrat untuk menjaganya sementara masih hidup,” kata Zainun Muda, 66, dari Kampung Sungai Kerak, Marang, Kuala Terengganu.

Warga emas itu terpisah dengan cucunya, Nur Nasarah Mustafa Kamal, empat tahun, selepas dua tahun kematian menantunya iaitu ibu kepada Nur Nasarah, Norhida Ayu Rosli, 33, pada 2015 kerana penyakit sawan. “Selepas dua tahun saya membesarkan Nur Nasarah bersama bapanya (Mustafa Kamal Mat Dalim, 33), hak penjagaan cucu itu diberikan kepada ibu saudaranya berikutan Mustafa mengalami sakit misteri sekali gus terpisah dengan cucu. “Sekarang cucu sudah berusia empat tahun dan kali terakhir saya menemuinya pada Mac lalu di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marang. “Lebih setahun saya berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas cucu, namun pihak berkenaan hanya berjanji memberikan hak itu kepada saya. Tetapi, sehingga sekarang ia masih belum ditepati,” katanya.

Zainun mendakwa, anak bongsunya iaitu Mustafa Kamal meninggal pada Disember 2017 kerana mengalami sesak nafas dan kini dia terpaksa tinggal berseorangan di rumahnya. “Saya kerap menziarahi pusara anak dan menantu bagi melepaskan rasa rindu. Sejak kehilangan anak, hidup saya semakin sunyi justeru saya memerlukan cucu untuk menghiburkan hati dan merawat kerinduan pada anak,” katanya yang menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM350 sebulan.

Tambahnya, dia masih terkilan kerana arwah anaknya tidak sempat menemui Nur Nasarah sebelum meninggal dunia. “Arwah sangat teringin menemui anaknya namun kerana pelbagai alasan arwah tidak sempat berjumpa dengan anaknya sendiri, malah arwah sempat berpesan kepada saya supaya berjuang mendapatkan semula hak penjagaan ke atas cucu. “Saya sudah tua tetapi masih mampu menjaga cucu kerana sebelum ini pernah diberi tanggungjawab untuk menjaga cucu oleh arwah ibunya tetapi dipisahkan kerana alasan yang tidak munasabah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.