Masjid Ar Rahman Kerpan anjur Majlis Sumbangan Ramadan Fakir Miskin dan Anak Yatim
Langkau ke kandungan utama

Masjid Ar Rahman Kerpan anjur Majlis Sumbangan Ramadan Fakir Miskin dan Anak Yatim

Kepada yang berminat untuk menderma, boleh salurkan sumbangan ke akaun:
Bank Muamalat 02060000571716 (Masjid Ar Rahman Kerpan)
atau hubungi talian 019-4646643 (Sabri Safie)


 AYER HITAM - Jawatankuasa Masjid Ar Rahman Kerpan bakal menganjurkan Majlis Sumbangan Ramadan Fakir Miskin dan Anak Yatim pada 12 Mei ini.

Setiausahanya, Sabri Safie berkata, sumbangan berkenaan akan disalurkan kepada 60 penerima daripada beberapa kawasan dalam kariah ini.

Katanya, setiap penerima akan menerima bantuan keperluan dapur seperti gula, beras, minyak masak dan lain-lain bernilai RM50 setiap orang. “Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan mana-mana pihak yang bermurah hati untuk bersama kami menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan ini.

“Kepada yang berminat untuk menderma, boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Muamalat 02060000571716 atas nama Masjid Ar Rahman Kerpan atau hubungi Sabri di talian 019-4646643,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.