Hulurkan bantuan kepada saudara Jabrullah yang menghidap kanser paru-paru tahap 4
Langkau ke kandungan utama

Hulurkan bantuan kepada saudara Jabrullah yang menghidap kanser paru-paru tahap 4

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi:
No Tel: 019-9595988
Maybank: 106129050069


SIAPA sangka batuk berpanjangan dialami Muhammad Jabrullah Ishak, 28, dari FELDA Chini 1, Pekan, adalah petanda anak bongsu daripada tujuh beradik itu menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Abangnya, Jamri, 39, berkata, mereka sekeluarga sudah membawa adiknya yang bekerja sebagai polis bantuan ke hospital pakar di Kuantan dan keputusan doktor menyatakan hanya mengalami batuk biasa sahaja serta dibekalkan dengan ubat batuk. “Malah, adik saya pernah mengalami batuk berdarah dan sering sakit sendi, bahu serta pinggang, namun kami sekeluarga pun ingat dia hanya sakit biasa sahaja.

Tetapi pada akhir tahun lalu, Jabrullah tiba-tiba terjatuh ketika bekerja di sekitar kawasan Chini. “Masa itu keluarga hantar dia ke Pusat Perubatan Pakar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Indera Mahkota, Kuantan untuk rawatan lanjut dan ketika itu doktor mengesahkan adik menghidap kanser paru-paru tahap empat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jamri berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan keputusan berkenaan kerana tidak menyangka Muhammad Jabrullah yang sebelum ini sihat dan seorang yang aktif, menghidap penyakit serius. “Tuhan sahaja yang tahu perasaan keluarga kami ketika itu, malah emak (Siti Aishah Hasri, 62 tahun) yang paling terkesan sebab dia adik paling bongsu. “Memang tidak sangka apabila adik seorang yang periang dan aktif selama ini menghidap penyakit serius menyebabkan kini hidupnya berubah 100 peratus,” katanya.

Jamri berkata, kesihatan adiknya kini semakin hari semakin merosot berikutan virus kanser berkenaan sudah merebak ke bahagian kepala dan otak sehingga mengganggu saraf di kepala.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan adiknya tidak mampu berdiri serta pergerakan agak terbatas. “Dia baharu sahaja selesai menjalani rawatan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kesan daripada rawatan berkenaan, dia hanya mampu baring dan terlantar sahaja. “Kos rawatannya agak tinggi terutama membabitkan ubat-ubatan diperlukan iaitu RM5,000 bagi tempoh 20 hari sahaja. “Memang keluarga tidak mampu untuk menyediakan jumlah sebegitu besar.

Tetapi kami bernasib baik kerana ada yang sudi memberi bantuan kewangan untuk membeli ubat berkenaan untuk rawatan sebelum ini,” katanya. Jamri berkata, keluarganya bersyukur kerana ada yang sudi memberikan katil hospital khas untuk kegunaan adiknya itu.

“Syukur sebab rakyat Malaysia sangat prihatin. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberikan sumbangan kepada adik saya,” katanya. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada Muhammad Jabrullah boleh menyalurkannya ke akaun Maybank bernombor 106129050069 atau hubungi talian 019-9595988. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.