Hulurkan bantuan kepada saudara Fauzi
Langkau ke kandungan utama

Hulurkan bantuan kepada saudara Fauzi

Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun:
Bank Simpanan Nasional: 050034100007318 (Nor Izza Zulkifli)




KEHIDUPAN tiga beranak di FELDA Lui Selatan 1, Jempol, berubah suram sejak Januari lalu apabila ketua keluarga mereka hilang upaya bekerja dan terlantar akibat darah tinggi.

Mohd Fauzi Musa, 48, hilang upaya bergerak selepas menjalani pembedahan membuang darah beku dalam kepalanya susulan terjatuh dari motosikal ketika ke tempat kerja pada 1 Januari lalu dipercayai akibat pitam.

Isterinya, Nor Izza Zulkifli, 34, berkata, orang ramai menjumpai suaminya terbaring di tepi jalan tidak sedarkan diri dalam kejadian jam 6 petang dan menghantarnya ke Hospital Jempol.

Dari Hospital Jempol, suami dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban. “Dia menjalani dua kali pembedahan di kepala di HTJ bagi mengeluarkan darah beku,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali, hari ini.

Nor Izza berkata, suaminya yang sebelum ini menyara keluarga dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak boleh bergerak dan terlantar di katil sekali gus memerlukan penjagaan rapi.

Katanya, suaminya juga tidak boleh bercakap atau menggunakan bahasa isyarat untuk
berhubung. “Selain memakai lampin pakai buang, suami hanya minum susu khas sumbangan Baitulmal. Dia juga menerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan,” katanya.

Dia berkata, sejak suami terlantar, dia sedih melihat anak tunggal mereka, Mohammad Faiz Amir berusia empat tahun yang belum memahami keadaan sebenar bapanya. “Mohammad Faiz sering meminta ayahnya bawa bersiar dengan menaiki motosikal kerana itu yang dilakukan ayahnya sebelum ini,” katanya.

Menurut Nor Izza, dia turut berharap Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dapat menyelesaikan beberapa tuntutan yang sudah tertangguh akibat pelbagai masalah.

Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Nor Izza Zulkifli di nombor 05003-41-00007318.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.