Pesakit Barah Otak Mohon Bantuan, Sara Ibu Seorang Diri
Langkau ke kandungan utama

Pesakit Barah Otak Mohon Bantuan, Sara Ibu Seorang Diri

Orang ramai yang bermurah hati boleh menderma kepada:
Mohd Efandi Mohd Bakri
Maybank: 158462017390



IPOH: Seorang pemuda terpaksa menerima hakikat impian untuk menyara ibunya hingga ke akhir hayat kian pudar apabila dia disahkan menghidap kanser otak. Kelu lidah Mohd Efandi Mohd Bakri, 38, apabila tersedar di katilnya dan diberitahu bahawa beliau baru sahaja menerima rawatan untuk penyakit yang tidak diundang tersebut.

Katanya, segala ingatannya selama beberapa tahun sebelum itu hilang dalam sekelip mata namun beliau masih mengingati emak dan adik-beradiknya walaupun secara samar-samar. “Selepas pembedahan itu, saya tidak ingat apa yang pernah berlaku dalam hidup saya. Ingatan saya lenyap, menurut doktor itu adalah kesan sampingan penyakit barah otak saya.

“Sehingga hari ini, saya telah menjalani dua pembedahan otak dan rawatan kimoterapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya kepada Suara Perak. Dalam hiba Efandi memberitahu, beliau amat bersyukur dengan sumbangan hospital kerajaan yang telah menanggung hampir keseluruhan pembiayaan kos rawatannya sejak disahkan sebagai penghidap kanser otak tahun lepas.

Efandi sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori, kini dia berusaha menerima hakikat bahawa dirinya sudah tidak bertenaga untuk bekerja. Katanya, apabila mengetahui keadaan penyakitnya itu, perkara pertama yang difikirkan ialah nasib ibunya yang kini berusia 68 tahun.

Efandi berkata, harapannya ialah untuk membalas jasa ibunya namun ketentuan Allah perlu diterima dengan hati terbuka. Katanya, sebelum ini dia bekerja namun keadaannya yang lemah dan sering menggeletar seluruh badan tidak mengizinkan dia meneruskan kerjanya itu.

Beliau memohon ihsan orang awam untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung keperluan kos pemeriksaan darah dan rawatan Hepatitis C yang menelan belanja RM800. “Saya juga ingin memohon ehsan orang awam agar menyumbangkan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan harian.

“Adik-beradik mempunyai tanggungan sendiri. Ibu pula sudah tua, cukuplah bagi kami dua beranak makan,” katanya lagi. Ahli Dewan Undangan (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Hanafiah berkata, pihaknya akan memastikan nasib Efandi terbela dan merujuk tindakan selanjutnya kepada agensi terlibat.

“Kami akan mengajukan perkara ini kepada SOCSO dan ianya akan memakan masa, namun kami akan membantu beliau kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika meluangkan masa melawat Efandi di Taman Seri Tambun baru-baru ini.

Aminuddin turut menyampaikan bantuan kewangan dan makanan kepada dua beranak tersebut. Individu yang bermurah hati untuk meringankan beban Efandi boleh menyalurkan sumbangan ke akaun beliau 158462017390 (Maybank).

Sumber: https://goo.gl/Dpyj5U
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.