Ibu mohon bantuan bayi hadapi masalah jantung berlubang
Langkau ke kandungan utama

Ibu mohon bantuan bayi hadapi masalah jantung berlubang

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan terus kepada:
Ermal Ermiral Azhar
Maybank: 114384163269


Kuala Lumpur: Naluri ibu yang tidak sanggup membiarkan bayinya berusia 27 hari menanggung penderitaan akibat masalah jantung seorang diri membuatkan wanita terbabit yang sedang berpantang, Ermal Ermiral Azhar, 29, berulang-alik ke hospital setiap hari.

Biarpun keadaannya masih lemah selepas melahirkan bayinya pada 3 April lalu, wanita itu tetap menguatkan semangat berulang dari kediaman ibunya di Perumahan Awam Seri Johor ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini.

Suaminya, Muhammad Yusman Ab Rahman, 29, berkata, sejak dilahirkan, dunia anak bongsunya, Nur Eliya Daruisha hanya dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal hospital berkenaan kerana bergantung hidup sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan. “Bayi kami seberat 1.94 kilogram dilahirkan cukup bulan, namun dia mengalami masalah jantung berlubang dan saluran pernafasan sempit yang menyebabkan tumbesarannya tidak normal seperti bayi lain dan memerlukan mesin pernafasan untuk meneruskan hidup. “Sejak lahir, badan bayi kami berselirat dengan wayar dan hanya minum susu badan isteri yang dimasukkan menerusi saluran daripada mulut ke perutnya,” katanya.

Menurutnya, pakar di hospital berkenaan menyarankan bayi mereka menjalani pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya namun perlu menanti hingga beratnya mencecah 2.5 kilogram. “Sebenarnya peluang anak kami tipis, namun jalan terbaik dengan melakukan pembedahan seberapa segera untuk menutup lubang jantung dan membesarkan saluran pernafasan sebaik beratnya mencukupi,” katanya.

Muhammad Yusman berkata, mereka kini buntu dan berusaha mencari dana untuk membiayai anggaran kos pembedahan RM150,000. “Pendapatan saya RM1,350 sebulan sebagai mekanik bengkel membaiki kenderaan hanya cukup untuk menyara kami empat beranak saja. “Kami sudah berikhtiar meminta bantuan di Facebook, namun setakat hari ini hanya berjaya mengumpul RM4,600,” katanya. “Saya harap rakyat Malaysia bantulah kami, tidak banyak sedikit pun memadai supaya anak kami dapat meneruskan hidupnya. Mohon doakan anak kami dapat diselamatkan,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu pasangan ini boleh menyumbang ke akaun Maybank 114384163269 atau BSN 1400341000030814 atas nama Ermal Ermiral.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.