Bayi ditinggalkan, JKM Johor mohon bantuan kesan ibu muda
Langkau ke kandungan utama

Bayi ditinggalkan, JKM Johor mohon bantuan kesan ibu muda

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi:
Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor: 07-2232606



MASA depan bayi perempuan berusia tujuh bulan menjadi tanda tanya apabila diabaikan ibu kandungnya sejak September lalu.

Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) Johor Bahru Zaid Ikhwan Lim berkata, bayi itu ditinggalkan ibunya Syafiqa Abdul Rahman, 19, ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru akibat mengalami komplikasi kesihatan.

Katanya, selepas tamat tempoh rawatan, pengurusan hospital merujuk bayi berkenaan kepada JKM bagi tindakan lanjut. “Sebelum menghilangkan diri, ibu bayi berkenaan berada dalam perhatian JKM berikutan pernah terbabit dalam kes pengabaian anak sulung perempuan berusia empat tahun sebelum ini, dan kanak-kanak itu sudah diselamatkan JKM. “JKM juga bercadang menyelamatkan anak kedua lelakinya berusia dua tahun yang tinggal bersamanya serta bayi perempuan yang juga anak bongsunya bagi mengelakkan kejadian pengabaian berulang,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid berkata, ibu kepada tiga cahaya mata itu kini menghilangkan diri bersama anak lelakinya dan gagal dikesan.

Menurutnya, bayi perempuan diberi nama Siti Nor Syazwani Abdullah yang dilahirkan pada 2 September lalu di HSA berada di bawah perlindungan JKM. “Anak sulung wanita itu kini berada di bawah jagaan keluarga pelihara,” katanya.

Sementara itu, Zaid berkata, bayi perempuan berkenaan diperintahkan untuk diletakkan di Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram Johor mengikut perintah Akta Kanak-Kanak 2001 mulai 2 Januari lalu.

Menurutnya, sepanjang bayi berkenaan berada dalam jagaan JKM tiada sebarang lawatan dan tuntutan diterima.

Katanya, alamat yang pernah diberikan oleh ibu kandung berkenaan didapati alamat premis perniagaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang. “Sekiranya bayi itu masih tidak dituntut, terdapat cadangan untuk meletakkannya di bawah jagaan keluarga pelihara dan ia akan diusulkan ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Johor Bahru untuk dipertimbangkan. “Kami berharap orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan ibu bayi berkenaan menghubungi talian 072232606,” katanya.
ㅤ ㅤ
Sumber: Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.