Adik Qayyum menderita penyakit kanser saraf selama 3 tahun
Langkau ke kandungan utama

Adik Qayyum menderita penyakit kanser saraf selama 3 tahun

*Al-fatihah. Adik Qayyum telah meninggal dunia pada 26 April 2018 11.30 pagi tadi. 

Mohon orang ramai doakan kesembuhan buat adik Muhd Qayyum Roslizam, 6, menderita penyakit kanser saraf selama tiga tahun, ketumbuhan di mata dan pendengarannya turut terjejas.


Adik Muhd Qayyum Roslizam, 6, menderita penyakit kanser saraf selama tiga tahun, ketumbuhan di mata dan pendengarannya turut terjejas, membuatkan ramai netizen terasa sayu dan pilu melihat keadaannya itu.
Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Nick Amisafiq itu viral di media sosial dan telah dikongsi hampir 6,000 kali. 
"Assalamualaikum semua. Hari ini TGKWC melawat adik Muhd Qayyum B. Roslizam berusia enam tahun di rumah atoknya di Kampung Nelayan Tanjung Piandang, Bagan Serai. 
"Adik Qayyum menderita selama tiga tahun kanser saraf, ketumbuhan di mata dan pendengaran kurang jelas yang menyebabkan adik Qayyum tidak dapat melihat dan tidak boleh berdiri serta tidak dapat menguruskan diri seperti kanak-kanak lain. 
"Adik Qayyum perlu tambah darah empat hari sekali di Hospital Pulau Pinang. Dia telah menjalani rawatan kimoterapi tetapi keadaan adik Qayyum tidak ada perubahan. 
"Kami diberitahu bahawa adik Qayyum sekarang kansernya di tahap empat. Marilah kita seluruh rakyat Malaysia mendoakan adik Qayyum supaya sembuh dan boleh bermain seperti kanak-kanak yang lain," katanya. 

Menurut Nick, dia memuat naik luahan itu kerana adik Qayyum sebaya dengan adiknya. 
Nick juga berterima kepada individu yang turut serta dalam misi dan memberi bantuan kepada keluarga berkenaan yang dapat membantu serba sedikit dan memberi semangat kepada adik Qayyum untuk terus berjuang melawan penyakit tersebut. 

Dari Facebook Nick Amisafiq:

Assalamualaikum smua..Hari ini TGKWC melawat adik Muhd Qayyum B. Roslizam berusia 6tahun di rumah atoknya di Kpg. Nelayan Tanjung Piandang,Bagan Serai. Adik Qayyum mnderita selama 3tahun kanser saraf, ketumbuhan di mata dan pndengaran kurg jelas yg menyebabkan adik Qayyum tidak dapat melihat dan tidak boleh brdiri serta adik tdak dapat mnguruskn diri sperti kanak2 lain..Adik perlu tambah darah 4hari sekali di Hos P.Pinang dan adik telah mnjalani rawatan kimoterapi tetapi keadaan adik tidak ada prubahan..kami diberitahu bhw adik skrg kanser tahap 4..Marilah kita sluruh rakyat Malaysia mndoakan adik Muhd Qayyum spaya sembuh dan bleh brmain sperti kanak2 yg lain..
Luahan ini krana adik Qayyum sebaya dgn adik saya Nick Amisafiq..
Terima kasih diucapkan kpd K.lang Nur Ayeeda Zakaria dan Abu Kashaf diatas misi dan bantuan yg serba sdikit dpat mngurangkn dan mmberi semangat untuk adik Muhd Qayyum untuk trus brjuang mlawan penyakit ini..
#TGKWC
#FAREEDAWARNACERIA
#Pray4Qayyum

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.