PIBG SK Bukit Puteri rayu sumbangan bina surau
Langkau ke kandungan utama

PIBG SK Bukit Puteri rayu sumbangan bina surau

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada tabung pembinaan surau
CIMB: 8602865598 (PIBG SK Bukit Puteri)
Tel: 09-697 1409


BESUT - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri merayu sumbangan orang ramai bagi pembinaan surau baru sekolah tersebut.

Yang Dipertuannya, Ghazali Omar berkata, surau baru kini dalam pembinaan bagi menggantikan surau lama yang telah uzur kerana sebahagian besar binaannya sudah di makan anai-anai.

Menurutnya, bagaimanapun peruntukan yang ada belum mencukupi untuk memastikan surau itu dapat digunakan sepenuhnya kelak.

“Sehubungan itu saya memohon kepada orang ramai menghulurkan sumbangan kepada tabung pembinaan surau tersebut dengan menyalurkan derma ke akuan PIBG SK Bukit Puteri di CIMB dengan nombor akaun 8602865598,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan PIBG sekolah tersebut kepada Zainom Noor, 60 iaitu balu kepada bekas Timbalan Yang Dipertua PIBG, Abd Hamid Abd Rahman di kediaman wanita itu yang terletak berhampiran sekolah.

Menurutnya, Abd Hamid merupakan ahli jawatankuasa PIBG sekolah itu yang paling lama iaitu kira-kira 15 tahun sehinggalah dia meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ogos tahun lalu dalam usia 66 tahun.

“Sumbangan itu adalah derma daripada pelbagai pihak termasuk guru sebagai mengenang jasa arwah sepanjang memegang tugas itu ,” katanya.

Sumber: https://goo.gl/eUcedm

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.