Peniaga capati mohon bantuan ringan beban 3 anak OKU
Langkau ke kandungan utama

Peniaga capati mohon bantuan ringan beban 3 anak OKU

Orang awam yang ingin membantu boleh menghubungi:
Sharif Majib
No Tel: 011-16389399


KUANTAN - Seorang peniaga capati meraih simpati orang ramai supaya membantu anak sulungnya yang mengalami kecacatan fizikal kekal untuk terus hidup. Sharif Majib, 50, berkata, dia tidak mampu menyediakan keperluan Sakinah, 25, sebaiknya memandangkan pendapatan diraih sekitar RM50 sehari.

Menurutnya, wang yang diperolehi hasil penjualan capati itu terpaksa digunakan bagi membeli keperluan harian, selain menyara tiga anaknya yang masih bersekolah.Malah, katanya, isterinya, Ragina Abdullah tak boleh bekerja kerana perlu jaga Sakinah.

“Jadi saya pencari rezeki tunggal dengan menjual capati. Duit yang saya dapat dari penjualan itu saya gunakan untuk wang saku anak yang masih bersekolah dan perbelanjaan makanan harian mereka sekeluarga,” katanya.

Selain Sakinah, Pasangan itu turut mempunyai dua lagi anak OKU iaitu Muhammad Hafiz, 18, dan Nur Afeefah, 15, yang mengalami masalah pembelajaran. Bapa kepada lima anak itu berkata, walaupun memperolehi bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekitar RM300, namun ia tidak mencukupi bagi menampung kos keperluan anak istimewanya itu.

Ini kerana, katanya, setiap bulan dia terpaksa membelanjakan wang sekitar RM1,000 hingga RM1,500 untuk membeli lampin pakai buang dan susu formula khas iaitu Ensure Fos.“Kos itu amat tinggi bagi saya, tambahan pula Sakinah bergantung sepenuhnya kepada susu formula untuk dia teruskan hidup. Sebulan dia memerlukan kira-kira empat hingga lima tin.

“Harga untuk satu tin pula cecah RM80. Lampin pakai buang pula sekitar dua atau tiga bungkus sebulan,” katanya ketika di Taman LKNP, Bukit Setongkol, semalam. Turut melawat keluarga itu, Ketua Pemuda Pas Dun Semambu, Zul Fadli Zakaria.

Bercerita lanjut mengenai Sakinah, Sharif memaklumkan anak sulungnya itu pada awalnya dilahirkan normal. Bagaimanapun, katanya, selepas beberapa hari dilahirkan, dia mengalami demam panas sehingga memberi kesan kepada fizikalnya.

“Saya reda dengan ketentuan ini dan saya anggap ia ujian kerana ALLAH menganugerahkan saya tiga anak OKU,” katanya. Dia bagaimanapun berharap ada pihak yang sudi menderma bagi membolehkan anaknya menjalani hidup dengan selesa.

“Bantulah anak saya untuk dia terus hidup. Cukup untuk dia saja. Untuk anak- anak lain saya masih ada kudrat untuk menyara mereka,” katanya. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Sharif di talian 011-16389399.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.