Nasi Goreng Sotong Emas Peniaga Buta Dapat Sambutan Baik
Langkau ke kandungan utama

Nasi Goreng Sotong Emas Peniaga Buta Dapat Sambutan Baik

Peniaga cacat penglihatan berhati mulia ini, Mohd Arif Abdullah pernah memulangkan bantuan kepada yang lebih memerlukan. Orang ramai yang ingin menikmati nasi goreng istimewa ini boleh ke gerai https://goo.gl/maps/5dmHUtNCJ6R2


DUNGUN: Nasi goreng merupakan menu biasa yang sinonim bagi penduduk di negara ini. Namun, berbeza dengan peniaga di Kampung Seberang Pintasan di Dungun, Terengganu apabila menyajikan kelainan pada menu nasi goreng iaitu Nasi Goreng Sotong Emas.

Menurut pemilik gerai, Mohd Arif Abdullah, 44 tahun, sebelum ini gerai yang diusahakannya kurang mendapat sambutan pelanggan. Bagaimanapun, selepas pelbagai usaha dan ikhtiar bersama isterinya, Suhana Muhammad, 48 tahun, gerai mereka kini menjadi tumpuan pengunjung hanya untuk menikmati hidangan istimewa Nasi Goreng Sotong Emas.

“Mula-mula saya terfikir nak buat macam mana sebab sebelum ini kita buka dan jual nasi lemak tapi tiada sambutan. Atas nasihat gerai sebelah yang menyarankan hidangan masakan panas, kami pun mencubanya.

“Pada mulanya tidak juga mendapat sambutan apabila hanya nasi goreng biasa. Namun, kami tambah nilai dengan meletakkan sotong hingga menjadi tular,” katanya. Menurut Mohd Arif dia terpaksa mendapatkan bekalan sotong segar sehingga 50 kilogram sehari berbanding sekitar 10 kilogram sebelum ini.

Sumber: https://goo.gl/pZruJR

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.