Mohon bantuan mencari waris bayi ditinggal di bawah pokok di Pasir Gudang, Johor
Langkau ke kandungan utama

Mohon bantuan mencari waris bayi ditinggal di bawah pokok di Pasir Gudang, Johor

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi:
Hotline Polis Kontinjen Johor: 07-2212999
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam: 07-3864222


BAYI perempuan berusia 14 hari ditemui selepas ditinggalkan di bawah pokok di bahu Jalan Kota Masai Utama, Pasir Gudang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, bayi seberat 3.5 kilogram itu dijumpai anggota polis bantuan ketika membuat rondaan di kawasan terbabit pada 3.11 petang. “Ketika melakukan rondaan di kawasan berkenaan, anggota polis bantuan terbabit ternampak satu bungkusan atas rumput di tepi jalan. “Apabila didekati, didapati seorang bayi perempuan sedang menangis dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut dengan kain,” katanya mengesahkan kejadian itu, hari ini.

Katanya, berikutan itu, anggota polis terbabit menghubungi Balai Polis Taman Scientex untuk membuat laporan kejadian. “Berdasarkan siasatan, bayi berkenaan dipercayai berbangsa Melayu atau Indonesia berdasarkan kulit sawo matang. “Bayi itu juga dalam keadaan sihat, selain usaha mengesan ibu bapanya sedang dilakukan," katanya.

Menurutnya, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan sementara.

Katanya, setakat ini tiada individu tampil untuk menuntut bayi berkenaan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam (07-3864222). Kisah penemuan bayi itu tular di media sosial sejak semalam dengan menampilkan gambar dua anggota polis bantuan dan bayi perempuan lengkap berpakaian dengan selimut merah jambu diletakkan di bawah pokok di tepi jalan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.