Ibu tunggal hidap kanser payudara mohon bantuan
Langkau ke kandungan utama

Ibu tunggal hidap kanser payudara mohon bantuan

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan:
Nor Hamizah
Maybank: 152050143028


SUNGAI PETANI - Seorang ibu tunggal beranak lima yang hidap kanser perlu bantuan orang ramai. Nor Hamizah Abdullah, 44, dari Bedong, Kedah berkata, barahnya dikesan September 2013 dan telah melakukan kimoterapi selama 10 kali di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani akibat cyst. Lebih menyedihkan, tujuh bulan kemudian, doktor mengesahkan dia menghidap kanser payudara sebelah kanan dan memerlukan rawatan radioterapi pada April 2014 di Pulau Pinang.

“Selepas tiga tahun, saya mula rasa sakit-sakit. “Lepas jumpa doktor, sah payudara sebelah kiri saya pula kena kanser menyebabkan saya perlu bedah dan sekarang ni nak habiskan rawatan kimoterapi enam kali dan radioterapi sebanyak 20 kali. “Rawatan radioterapi ini hanya ada di Hospital Pantai Pulau Pinang sahaja, tiada di hospital kerajaan dan bayangkan kos diperlukan kalau saya kena habiskan 20 kali rawatan.

“Itu tak termasuk kos ulang-alik, saya bawa kereta pinjam dari saudara, bila ada rosak sikit-sikit kena baiki, guna duit banyak juga,” jelasnya. Menurut Nor Hamizah, walaupun digelar pesakit kanser, namun dia harus kuat demi membesarkan lima anak dan seorang ibu yang masih dalam tanggungnya. “Kalau saya tak kerja, depa semua nak makan apa? “Banyak kawan-kawan tolong, depa ambil tempahan dan saya masak katering. “Nak harapkan anak-anak semua kecil lagi, yang sulung sahaja dah kahwin, dia pun duduk dengan saya.

“Suami dia kerja bengkel sahaja dan dia kerja di pam minyak,” katanya. Kesemua anaknya, Nor Athirah, 21, Nor Aliah, 19, Nor Amirah, 17, Mohd Auni Zikri, 16, dan Abdul Qhalid Jhalani, 7, tinggal bersama termasuk menantu, Mohd Bukhari, 23. “Anak-anak kekuatan saya dan ibu yang banyak bagi sokongan pada saya, tiada istilah penat, letih dan tak larat. “Selagi dapat tempahan saya tetap masak, walaupun diri sendiri kena rehat. “Mujur anak-anak faham dan mereka banyak mudahkan kerja,” katanya.

Menurutnya, dia menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan, manakala Che Duan merupakan penerima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah. “Tiga anak masih bersekolah, yang lain-lain seperti rumah sewa, bil dan perbelanjaan makan minum serta ulang-alik dan rawatan hospital di Pulau Pinang perlukan duit, tak cukup dengan apa yang ada.

“Ada beberapa kawan banyak bantu, surau, masjid dan sekolah yang ambil tempahan masakan dan ada yang derma, Alhamdulillah rezeki tapi sekarang saya rasa dah tak mampu laluinya. Saya kena rehat dan perlukan masa untuk proses pemulihan,” katanya.

Sumber: https://goo.gl/gNLKxG

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.