Hanif derita penyakit kulit laque chronic psoriasis tahap kritikal
Langkau ke kandungan utama

Hanif derita penyakit kulit laque chronic psoriasis tahap kritikal

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke
Maybank: 162740105797 (Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian)
atau hubunginya di talian: 017-6598795


SEREMBAN - “Kalau selalu minta tolong pun, lama-kelamaan akan menjadi kebencian orang. Sekarang ini saya hanya berserah kepada-Nya dan hanya mohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak saya. Demikian luah Mastura Osman, 54, ibu kepada Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian, 30, yang kini menderita menghidap penyakit kulit plaque chronic psoriasis tahap kritikal sejak dua tahun lalu.

Seluruh anggota badan Mohd Hanif Fadhli bukan sahaja kemerahan, tetapi kulitnya bersisik tebal dan akan mengelupas walaupun setelah disapu dengan ubat yang memerlukan Mastura sentiasa membersihkan tempat tidurnya. Anak sulung dari empat beradik itu kini hanya bergantung dengan ubat steroid, namun kesannya menyebabkan Mohd Hanif sukar untuk bergerak kerana bandannya menjadi lemah.

“Dia menghidap penyakit ini ketika berusia belasan tahun lagi. Tapi sejak dua tahun lalu, keadaannya semakin teruk dan membimbangkan. “Doktor beritahu yang keadaannya tidak boleh pulih. Dia kini hanya bergantung dengan ubat steroid, tapi kesannya, anak saya kini sukar untuk bergerak kerana badannya menjadi lemah.

“Kulitnya juga jadi panas dan gatal. Apabila digaru, akan berdarah menyebabkan dia kini hanya terbaring di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Enstek di sini. Apa yang menyedihkan Mastura kerana Mohd Hanif Fadhli kerap kali memberitahu yang dia berharap nyawanya diambil segera kerana tidak tertanggung lagi dengan derita dialami.

Kata Mastura, anaknya itu sangat tertekan lebih-lebih lagi selepas perkahwinan yang dibina dua tahun lalu berakhir dan kini terpaksa pula menyusahkan keluarga. “Sekarang ini hidup saya, Hanif dan dua lagi anak saya yang masih belajar terpaksa bergantung dengan anak kedua saya yang bekerja sebagai pembantu jualan di syarikat perumahan.

“Saya tak boleh nak tinggalkan Hanif kerana dia perlukan saya. Itu pun kadang-kadang saya cuba cari duit dengan bantu kawan berniaga gerai makan,” katanya. Ada yang menyarankan Mastura membawa Mohd Hanif Fadhli mendapatkan rawatan di luar negara, namun terpaksa dilupakan kerana memikirkan kos yang perlu ditanggung.

Dia bersyukur kerana ada insan prihatin yang sudi membantu menawarkan rawatan alternatif, namun masih belum diizinkan oleh-Nya untuk sembuh. “Ramai yang datang membantu bila pertama kali kisah anak saya dilaporkan Sinar Harian tahun lalu dan kami sangat-sangat menghargainya.

“Kalaulah kesakitan yang dialami itu boleh diganti, mana-mana ibu pun akan sanggup berkorban nyawa. Tapi saya dah habis ikhtiar dan hanya mohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak saya," katanya yang juga menerima bantuan bulanan RM280 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan RM200 daripada Baitulmal.

Sumber: https://goo.gl/t62UDj

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.