Azrul kena serangan jantung, perlu RM150,000 kos biaya hospital
Langkau ke kandungan utama

Azrul kena serangan jantung, perlu RM150,000 kos biaya hospital

Mohd Azrul Shaufiz Abu Bakar
Mereka yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun
Maybank: 514851220734


Kuala Lumpur: Keluarga seorang juruteknik audio dan video bebas meletakkan harapan tinggi untuk mengumpul RM150,000 daripada orang ramai untuk membayar bil perubatan ahli keluarga mereka yang menjalani rawatan di Hospital Besar Singapura. Mohd Azrul Shaufiz Abu Bakar, 36, dari Cheras sebelum itu dikatakan bekerja untuk sebuah konsert di Singapura sebel um tiba-tiba mengalami serangan jantung pada 5 Mac lalu.

Isterinya, Mazliza Muhamad Yusof, 36, berkata kebetulan permit kerja suami tamat sehari sebelum serangan jantung itu menyebabkan suami tidak dilindungi insurans. “Ketika kejadian, Azrul berada di sebuah pusat beli-belah dengan rakan sebelum mengadu sakit dada menyebabkan rakan membawanya ke sebuah hotel sebelum pengsan.

“Suami saya sepatutnya kembali ke negara ini selepas selesai majlis makan malam yang dianjurkan oleh penganjur konsert pada 6 Mac lalu, bagaimanapun, insuransnya hanya memberi perlindungan sehingga 4 Mac,” katanya. Azrul dan Mazliza berkahwin empat tahun lalu, mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun dan Mazliza kini mengandung tiga bulan.

“Jika dia mengalami serangan jantung biasa, kami tidak mungkin menghadapi masalah ini, tetapi apa yang terjadi adalah selepas serangan itu, Azrul mengalami komplikasi kerana otaknya tidak menerima bekalan oksigen selama hampir 30 minit. “Azrul kemudian berada dalam keadaan koma tiga hari dan hari keempat sedar, namun menghadapi masalah hilang ingatan.

“Suami yang dimasukkan ke Hospital Besar Singapura dari 5 Mac hingga 9 Mac kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Singapura. “Setakat ini, kami sudah mengumpulkan wang RM10,000 daripada rakan Azrul, rakan sekerja dan ahli keluarga, tetapi ia tidak mencukupi,” katanya.

Sumber: https://goo.gl/CifC6B


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.