Wanita langgar lari Muhammad Razeen diminta tampil mohon maaf
Langkau ke kandungan utama

Wanita langgar lari Muhammad Razeen diminta tampil mohon maaf

Pelaku atau orang awam dengan sebarang maklumat boleh menghubungi:
Mohd Rashidi Osman (bapa)
No Tel: 012-3637035


SERDANG - "Wanita pandu kereta jenis Perodua Myvi yang langgar anak saya, sila tampil bersemuka minta maaf dengan keluarga kami,” luah Mohd Rashidi Osman, 37 bapa kepada Muhammad Razeen, 3, yang cedera dilanggar petang, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang, anak bongsu daripada lima beradik itu cedera di bahagian muka dan kepala selepas dilanggar di depan rumah neneknya di Serdang Jaya. Mohd Rashidi berkata, anaknya kini masih menerima rawatan di Hospital Serdang dan berada dalam keadaan stabil. “Lepas langgar anak saya, dia tak jumpa langsung keluarga saya dan terus berlalu pergi selepas anak saya dibawa ke dalam rumah.

“Saya dah lapor polis tapi sampai sekarang wanita berusia 30-an yang memandu Myvi berwarna kelabu itu belum munculkan diri,” katanya. Menceritakan kejadian, anaknya bersama ibu saudaranya keluar rumah menuju ke kereta kerana mahu bergerak pulang ke kampungnya di Nilai. “Belum sempat apa-apa anak dah melintas dan dilanggar Myvi tersebut sebelum terpelanting beberapa meter dari lokasi. “Kakak saya terus angkat anak masuk ke rumah, bila keluar, dia dapati pemandu Myvi tersebut telah menghilangkan diri,” katanya.

Semalam, tular di laman sosial perkongsian netizen mengenai kejadian menimpa Muhammad Razeen. Netizen mendesak pemandu kenderaan tersebut tampil selepas terlibat dengan kejadian langgar lari hingga mengakibatkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan pendarahan dalaman dan tempurung kepala retak. Mohd Rashidi menjelaskan, keadaan anaknya itu tidak serius namun terdapat darah beku di kepala dan keretakan di bahagian kepala.

“Pembetulan juga kereta yang dinaiki wanita yang melanggar anak saya adalah jenis Myvi kelabu bukannya Honda BRV.

Sumber: https://goo.gl/rQNqkj

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.