Susah bukan tanda Allah benci, senang bukan tanda Allah sayang
Langkau ke kandungan utama

Susah bukan tanda Allah benci, senang bukan tanda Allah sayang


Kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta mengeluh dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"(Al-Fajr 89:15-16)


Seperti yang diceritakan dalam Al-Quran, surah Al-Fajr, dimana bangsa-bangsa terdahulu yang diberikan kekuatan dan kepandaian dalam satu-satu bidang, mereka menjadi korup dan angkuh, justeru Allah menurunkan bala kepada mereka.


Iktibar yang boleh diambil zaman sekarang ini ialah apabila sesuatu musibah berlaku seperti penyakit, kemiskinan, kesusahan hidup, bersabarlah dan pintalah kepada Allah. Dan yang dikurniakan kesenangan hidup, kekayaan melimpah dan kecerdikan janganlah takbur dan bercakap besar, bersyukurlah dan ingat itu semua dari Allah.

""Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86)

"Jika Allah ingin memberi nikmat kepada seseorang hamba tiada tangan lain yang boleh menghalang, jika Allah ingin menarik nikmat sesuatu dari seseorang hamba tiada tanda yang boleh menolong"

Lihat sahaja kehidupan nabi Muhammad SAW, baginda merupakan manusia teragung yang paling disayangi Allah tapi baginda juga merupakan manusia yang menghadapi paling banyak dugaan dan kesusahan.

Rasulullah SAW bersabda: من يرد الله به خيرا يصب منه. “Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan, Allah akan memberinya musibah.” (HR Ahmad dan Al-Bukhari dari Abu Hurairah)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.