Remaja lumpuh bantu promosi jualan nasi lemak ibu
Langkau ke kandungan utama

Remaja lumpuh bantu promosi jualan nasi lemak ibu

Pelanggan boleh membuat tempahan melalui WhatsApp di talian 012-9254676, selain boleh mengambil tempahan nasi lemak di gerai pada harga RM1 sebungkus, bekas plastik (RM3) dan nasi lemak ayam berempah (RM5).


MELAKA: Kekurangan diri yang lumpuh separuh badan kerana terbabit dalam nahas jalan raya, bukan penghalang buat seorang pemuda, Akmal Arif Rohaizan, membantu ibunya menjual nasi lemak demi meringankan beban keluarga mereka. Demi kasih kepada ibu dan bapa, remaja berusia 19 tahun terbabit enggan duduk diam apabila menyedari keluarganya hidup dalam kesempitan kewangan.

Selain menemani ibunya menjual secara langsung di gerai hadapan rumah mereka dekat Tangga Batu di sini, antara usaha dilakukan anak kedua daripada enam beradik itu adalah mempromosi jualan nasi lemak dihasilkan ibunya, Zarinah Rahim, 46, menerusi laman sosial Facebook (FB) sejak awal Januari lalu. Dia berbuat demikian dalam usaha menarik pelanggan ke gerai jualan nasi lemak mereka, selain membantu mengendali tempahan secara atas talian.

Akmal Arif berkata, usaha memuat naik jualan nasi lemak itu disuarakan seorang daripada saudaranya, sebelum mengambil inisiatif membantu ibunya yang banyak berkorban menjaga dia sepanjang tempoh terlantar sakit selama ini. Katanya, dia terbabit nahas pada April 2014 ketika berusia 17 tahun apabila motosikal ditunggangnya terbabas menyebabkan cedera parah di kepala dan menjalani pembedahan tempurung kepala, sebelum disahkan lumpuh separuh badan.

"Sukar untuk digambarkan perasaan hati ini apabila menyedari keadaan diri kini dikategorikan orang kurang upaya (OKU) hingga tidak mampu membantu meringankan beban keluarga, malah terasa menyusahkan mereka pula. Namun, saya reda dengan ujian Yang Maha Esa.

Sumber: https://goo.gl/EqWsx1

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.