Haziq, finalis kem bola Barcelona hidap kanser darah tahap tiga
Langkau ke kandungan utama

Haziq, finalis kem bola Barcelona hidap kanser darah tahap tiga

Muhammad Haziq Azeman
No Tel: 019-9624 213 (Azeman Md. Rashid)


KUANTAN – Finalis Kem Bola Astro-Barcelona 2016, Muhammad Haziq Azeman, 13, yang mengidap kanser darah tahap tiga atau dikenali sebagai T Lymphoblastic Lymphoma teringin menyarung jersi kebangsaan suatu hari nanti.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras itu adalah antara 16 pemain terbaik dari Malaysia, Filipina dan Singapura yang terpilih untuk menjalani latihan antarabangsa di Barcelona, Sepanyol pada Disember 2016.

Bapanya, Azeman Md. Rashid, 40, berkata, Muhammad Haziq merupakan seorang pemain bola sepak yang bercita-cita tinggi untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. “Dia sangat teruja apabila terpilih menjalani latihan di Barcelona dua tahun lalu apatah lagi dapat menyaksikan pasukan kegemarannya iaitu Barcelona beraksi didepan mata termasuk melihat lebih dekat pemain idolanya, Lionel Messi sehingga dia digelar Haziq Messi dalam kalangan rakan-rakannya,” jelasnya.

Azeman yang juga pengurus peribadi Muhammad Haziq memberitahu, anaknya mula bermain bola sepak ketika berusia enam tahun dan bermain untuk pasukan Tunas Lagenda FC (TLFC) sejak 2013 hingga sekarang yang diuruskan oleh lagenda bola sepak negara, Bakri Ibni. Mengulas mengenai kos perubatan, Azeman memberitahu, dia perlu mencari sumber kewangan untuk merawat anaknya itu dan orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan keluarga Mohd. Haziq boleh menghubungi Azeman.

Sumber: https://goo.gl/wRvj4M

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah seorang yang pemurah

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Penghuni rumah usang hampir roboh mohon bantuan

Mohd Ghani Deraman
BSN: 0301041000431403

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693