Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum
Langkau ke kandungan utama

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.


Walaupun kurang dikenali di Nusantara, populariti Khabib Nurmagomedov semakin berkembang di seluruh dunia terutama di kalangan peminat sukan tempur UFC. Bintang UFC berketurunan Dagestan yang tidak pernah kalah itu (25-0 MMA, 9-0 UFC), akan bertemu dengan Tony Ferguson dalam pertarungan gelaran di UFC 223 pada bulan April, sempat mengambil sedikit masa sebelum masuk ke kem latihan untuk berjumpa dengan superstar bola sepak Cristiano Ronaldo.

Nurmagomedov merupakan tetamu undangan kelab bola sepak Sepanyol Real Madrid pada hujung minggu, pengurusnya, Ali Abdelaziz, memberitahu media. Mereka mengambil sedikit masa untuk saling bertukar hadiah. "The Eagle" mendapat jersi Ronaldo dan sebagai balasan memberikan papakha (topi bangsa Avar) dan jersi beliau.


 Ronaldo mengucapkan Assalamualaikum di dalam video ini (Instagram: Khabib Nurmagomedov)

Nurmagomedov merupakan antara juara UFC yang mempunyai pengikut media sosial paling ramai. Dia kini mempunyai 3.6 juta pengikut Instagram, jauh kalau dibandingkan dengan 120 juta pengikut instagram Ronaldo. UFC 223 berlangsung 7 April 2018 di Barclays Center di Brooklyn, N.Y. Nurmagomedov lawan Ferguson merupakan pertempuran utama PPV (Pay Per View). Nurmagomedov bukan juara UFC pertama berkongsi interaksi awam dengan Ronaldo di media sosial; Juara UFC yang lalu Conor McGregor menerima kedatangan Ronaldo ke gimnya di Las Vegas pada Julai 2016.


Berikut merupakan sedikit biodata tentang Khabib Nurmagomedov:


Lahir                  

Agama
Gelaran
T.Tinggal
Bangsa
Tinggi
Berat
Kategori 
Sep 20, 1988 (umur 29)              
Dagestan ASSR, Russian SFSR
Islam
The Eagle
Makhachkala, Dagestan, Rusia
Avar, Dagestan, Rusia
5 ft 9 in (1.75 m)
156 lb (71 kg; 11.1 st)
Lightweight
Rekod perlawanan
Jumlah
Menang
Kalah 
25
25
0


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah seorang yang pemurah

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Penghuni rumah usang hampir roboh mohon bantuan

Mohd Ghani Deraman
BSN: 0301041000431403

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693