Raisah derita kegagalan usus mohon bantuan
Langkau ke kandungan utama

Raisah derita kegagalan usus mohon bantuan

Nurain Raisah Khairani
Maybank: 514486524118 (Nur Hidayah Mukhtar)


Kuala Lumpur : Tiga tahun lamanya pesakit kegagalan usus Nurain Raisah Khairani, 3, tidak berpeluang merasa kehidupan normal seperti kanak-kanak lain apabila membesar dengan wayar berselirat pada badan dan bergantung hidup dengan zat yang hanya diserap melalui mesin Total Parenteral Nutrition (TPN).

Lebih memilukan kakak kembarnya Nurain Kaisah Khairina hanya sempat dibawa pulang buat pertama kalinya ke rumah mereka di Muar, Johor sebagai jenazah apabila dijemput Ilahi, awal Oktober lalu. Demi kasih sayang, ibu bapa serta dua lagi abang dan kakak mereka melakukan pengorbanan besar apabila Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang diibaratkan rumah kedua menjadi saksi suka duka mereka sekeluarga selama tiga tahun.

Menurut ibu kembar berkenaan Nur Hidayah Mukhtar, 37, di situlah dunia mereka, makan, tidur dan mandi selama tiga tahun hinggakan dia dan suami Masnordin Sakirman, 38, sebagai penjawat awam terpaksa berpindah tugas di Selangor kerana si kembar memerlukan sokongan dan perhatian daripada ahli keluarga.

Baca selanjutnya: https://goo.gl/rftcxA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.