Penghidap kanser mata kritikal mohon bantuan
Langkau ke kandungan utama

Penghidap kanser mata kritikal mohon bantuan

Adik Arissa
CIMB: 7618002751 Rosmaniza Salleh (Ibu)
Maybank: 162263129718 Norimi Fazil b. Shamshuddin (Ayah)



'Dia ingin makan, meminta ibunya belikan KFC, tak sampai 2 fries dia terpaksa mengalah' - Bantulah adik Arissa.


Berat mata memandang, lagi berat kesakitan yang ditanggung oleh adik Arissa. Ketika kanak-kanak lain seusianya sedang bergembira menjalankan aktiviti seharian, Arissa hanya terbaring lemah. Zaman kanak-kanaknya telah direntap oleh penyakit kanser, Bilateral Retinoblastoma (sejenis kanser mata). Melihat keadaan Arissa, seharusnya kita bersyukur diberikan nikmat kesihatan, makan dan minum kerana hidup kita seringkali ada sungutan yang melebihi erti bersyukur.
SEMALAM 20/1/2018 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, saya singgah di Maran untuk menjenguk Arissa. Pilu melihat Arissa, terbaring dalam kelambu yang dipasang untuk mengelakkan lalat menghurung wajahnya. Keadaannya kurus, hanya tulang-tulang. Chemoport yang masih tertanam di dadanya amat jelas kelihatan, terbonjol menolak kulitnya.
Dia ingin makan, meminta ibunya membelikannya KFC. Dia sukakan french fries. Saya lihat ibunya membantu dia duduk, memang keadaan dia sangat lemah. Sudah seminggu dia tidak boleh makan kerana ketumbuhan di dalam mulutnya yang sudah menghalang laluan makanan.
Pun begitu, dia masih mencuba menolak fries masuk ke dalam mulutnya. Dia melakukan itu sendiri kerana mungkin hanya dia yang datang merasakan bahagian mana yang sakit, bahagian mana yang masih boleh bersentuhan dengan makanan yang cuba ditelannya.
Baca selanjutnya: https://goo.gl/CZnkVM


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.