Nurhalina lumpuh kerana virus Japanese Encephalitis (JE)
Langkau ke kandungan utama

Nurhalina lumpuh kerana virus Japanese Encephalitis (JE)

Nurhalina Halil
No Tel: 018-5729548 (Nooriza Nayan)
Maybank: 158202273512 (Nooriza Nayan)


“SETIAP hari selepas bangun tidur, saya harap sangat dia sebut perkataan ibu dan ayah seperti sebelum ini,” kata Nooriza Nayan, 36, ibu kepada, Nurhalina Halil, 19 yang lumpuh seluruh badan sehingga menyebabkannya tidak mampu bercakap.

Keadaan Nurhalina itu dipercayai berpunca daripada virus Japanese Encephalitis (JE) dihidapinya kira-kira dua tahun lalu. Nooriza berkata, virus yang menyerang hingga ke bahagian selaput otak anak sulungnya itu menyebabkan kaki serta tangan anaknya tidak dapat digerakkan hingga terpaksa berkomunikasi menggunakan isyarat mata.

 Nurhalina (kiri) sebelum dijangkiti JE

Menurutnya, keadaan itu menyebabkannya terpaksa menumpukan sepenuh masa menjaga Nurhalina yang kini terlantar dan bergantung dengan alat bantuan pernafasan dipinjam daripada anak saudaranya. Katanya, anaknya tidak dapat bangun dan bercakap menyebabkan Nooriza terpaksa memantaunya secara kerap selain menggunakan mesin pembuang kahak yang disewa daripada kenalannya bagi memastikan kelancaran pernafasan anaknya itu.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, pendapatan suaminya, Halil Ahmad Tajuddin, 39, yang bekerja sebagai pemandu lori tidak menentu menyebabkan Nooriza terpaksa mengambil upah mengasuh kanak-kanak di rumahnya bagi menambah pendapatan keluarga.

Sumber: https://goo.gl/iTg8WN
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.