Ibu terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak lumpuh
Langkau ke kandungan utama

Ibu terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak lumpuh

Muhammad Nur Aliff bin Nor Azman
No Tel: 013-4178775 (Nor Azman Sulaiman)
RHB Islamic Bank: 15824400053801 (Nor Azman Sulaiman)


SUNGAI SIPUT -  Seorang ibu sanggup berhenti kerja demi menjaga anaknya yang lumpuh akibat kemalangan. Meskipun doktor tidak meletakkan sebarang harapan, namun hati ibu percaya Muhammad Nor Aliff Nor Azman, 20, akan sembuh dan doa sentiasa dititipkan memohon pertolongan ALLAH SWT.

Norisah Che Mat, 46, tabah menjaga anak keduanya itu yang terlantar dan tidak sedikit pun putus harapan, sebaliknya terus menjaganya dengan penuh kasih sayang.
"Aliff kemalangan di Sungkai empat bulan lepas. Masa itu, dia mahu ke Shah Alam. Kemalangan itu menyebabkan urat sarafnya terjejas teruk.
"Tulang lehernya juga patah, dia kini hanya mampu baring saja di katil, tak mampu berdiri. Dia juga ada penyakit lelah, jadi saluran pernafasannya selalu tersekat.

"Saya terpaksa pinjam mesin pembuang kahak dari rakannya. Kalau tak buat begitu, bimbang pernafasannya jadi tak lancar," katanya.
Katanya, dia berhenti mengusahakan kantin sekolah untuk memberi sepenuh perhatian kepada Muhammad Nur Aliff, terutamanya dari aspek pembersihan diri anaknya itu.
"Dia hanya mampu gerakkan tangan, kalau bercakap pun sikit-sikit saja, tak jelas. Jadi, saya perlu bantu uruskannya termasuk suapkan makan dan mandikannya.

Baca lanjut: https://goo.gl/GpZuEv

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.