Hilang tempat bergantung selepas kematian suami
Langkau ke kandungan utama

Hilang tempat bergantung selepas kematian suami

Rosila Ahmad
No Tel: 019-9402448
Bank Islam: 03090020131163


Seorang ibu tunggal yang menghidap angin ahmar di Kampung Seligi, di sini, menjalani kehidupan tanpa sumber pendapatan selepas kematian suami enam bulan lalu. Rosila Ahmad, 49, berkata, sebelum ini dia membantu menampung perbelanjaan keluarga dengan berkerja di sebuah restoran di Kota Bharu, tetapi terpaksa berhenti kerana diserang angin ahmar.

Katanya, dia sanggup berulang-alik dari Pasir Puteh ke Kota Bharu sejauh 40 kilometer setiap hari dengan menunggang motosikal kerana tidak mahu terlalu membebankan suaminya. "Bila saya sendiri sakit, saya terpaksa berhenti kerja walaupun anak-anak yang masih belajar memerlukan banyak duit, kini saya langsung tidak ada pendapatan. "Tangan saya ni ada ketikanya tidak boleh digerakkan dan ketika itu ingatan saya menjadi sangat lemah, macamana saya nak bekerja dalam keadaan begini," katanya.

Suaminya, Abdullah Junoh meninggal dunia pada usia 50 tahun pada Ogos tahun lepas akibat sakit jantung sementara Rosila mula diserang angin ahmar pada Oktober tahun sama. Empat anak mereka adalah Mohd Zulkiffle 23, yang belajar pondok pengajian agama di Jerteh, Nur Iman Solehah, 22, belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Ahmad Azamuddin, 19, menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Muhammad Amirul, 8, belajar di sekolah agama di Kampung Lepah, Selising.

Sumber: https://goo.gl/9C97cy

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.