Bimbang kaki mungkin dipotong
Langkau ke kandungan utama

Bimbang kaki mungkin dipotong

Noriza Su
Bank Simpanan Nasional: 0311729000145009


Seorang isteri di Kampung Telaga Lanas Rindu, di sini, terpaksa melupakan hasrat untuk menyediakan juadah buat suami dan anak-anak kerana kakinya membengkak sejak setahun lalu akibat kencing manis kronik. Noriza Su, 37, berkata, sejak itu, dia sukar berjalan dan perlu dipapah suami, Pakri Mat Husien, 48, yang kini mengambil alih tugasnya menguruskan anak-anak dan memasak.

Katanya, dua jari kaki kanannya sudah dipotong dan kemungkinan kakinya juga akan turut dipotong sekiranya kencing manisnya tidak pulih. "Risau bila saya fikirkan kesihatan diri. Kalau kaki buruk, kena kerat lagi. "Kini semua kerja suami yang buat. Masak, membasuh dan keluar cari nafkah untuk kami dan empat anak. Dengan keadaan kaki ini, saya juga terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai," katanya. Lebih merisaukannya lagi apabila sewa rumah sudah setahun tertunggak.

"Walaupun sewa hanya RM150 sebulan, tapi disebabkan masalah kewangan, kami tak mampu jelaskan. Ditambah pula pendapatan suami yang bekerja buruh tak menentu, kadang kala hanya cukup makan saja. "Bil elektrik juga tertunggak, itu belum dikira belanja ulang-alik ke hospital. Saya terpaksa bonceng motosikal dengan suami untuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sebab kalau guna kereta sewa, tentu tambangnya puluhan ringgit," katanya.

Sumber: https://goo.gl/W5wFtn

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.