Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan
Langkau ke kandungan utama

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693


Alor Setar, Kedah - Seorang warga emas yang terlantar akibat penyakit strok dari Kampung Berjaya, di sini memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupannya. Bagi anak lelakinya, Ahmad Yusni Mat Yusoff, 66, berkata, dia tinggal bersama ibunya, Fatimah Taib, 74, yang memiliki masalah kesihatan, manakala dua beradik lain duduk berasingan. "Saya sara mak dengan pendapatan tak menentu sebagai pekerja kontrak antara RM600 hingga RM900 sebulan.

"Duit gaji tak cukup nak tampung perbelanjaan kami berdua termasuk kos barang keperluan, sewa rumah dan kelengkapan mak," katanya. Menurutnya, dia terpaksa memperuntukkan kira-kira RM200 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dewasa untuk ibunya yang uzur. "Itu belum campur keperluan lain, apatah lagi mak minum susu khas yang menelan kos RM80 setin," ujarnya. Tambah Ahmad Yusni, dia juga tidak dapat membawa ibunya yang mempunyai strok dan kencing manis untuk menjalani rawatan di hospital akibat mengalami masalah kewangan.

"Walaupun duit sewa rumah hanya RM150 sebulan saja, saya kadang-kadang terlewat bayar sebab tak cukup duit," jelasnya. Malah lebih menyedihkan, ibunya yang uzur turut memerlukan katil baharu yang lebih selesa dan selamat, namun dia tidak mampu membelinya. "Mak pernah hampir jatuh dari katil. Jadi kami terpaksa ikat kerusi sebagai pengadang untuk pastikan kejadian sama tak berulang.
"Kami adik beradik gilir-gilir jaga emak yang dah tak mampu urus diri sendiri," katanya.



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.