KCPbantu | Kuantan City Portal - Laman Bantuan Sosial Setempat Untuk Rakyat Malaysia
Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Mohon bantuan anak hidapi komplikasi jantung

Anak adalah penyeri kehidupan. Setelah 10 bulan membawa perut, sudah tentu
kedatangan anak yang dikandung amat dinantikan. Arina Firdaus, 26 tahun, bersyukur,
sepanjang tempoh kehamilan dirinya tidak mengalami sebarang alahan. Begitu juga
dengan proses kelahiran, wanita ini melahirkan anak sulungnya Muhammad Yusya secara
normal dengan bantuan vakum.

Muhammad Yusya yang dilahirkan pada 14 Jun 2018 dilahirkan sihat dan sempurna. Hati
sang ibu cukup gembira apabila mampu menguruskan keperluan anaknya biar pun pada
awalnya agak kekok, maklumlah anak pertama. Tetapi keseronokan yang dilalui Arina dan
suaminya, Mohd Khir Lateh, 38 tahun, tidak bertahan lama setelah anak mereka genap
sebulan.

Ada Yang Tak Kena

Arina mulai mengesan kelainan pada anaknya yang bernafas agak laju. Malahan anaknya
juga menangis dengan suara yang cukup perlahan berbanding hari-hari sebelumnya.
Mulanya disangka masalah ini adalah situasi yang biasa, namun apabila berlarutan,
akhirnya Arina dan suami membawa anaknya ke hospital …

Derma ringankan beban ibu Eshah

KOTA BHARU – Malaysian Humanitarian Aid And Relief (Mahar) aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan melalui pelancaran sumbangan awam sejak Jun 2018.

Pengerusi Mahar, Jismi Johari berkata, terkini pihaknya melancarkan Kempen ’RM10 untuk Ibu Eshah’ melalui media sosial pertubuhan tersebut kepada keluarga Eshah Mat, 77, dan anaknya Sulaiman Yassin, 53 bagi memperbaiki kehidupan keluarga.

Menurutnya, bantuan motosikal roda tiga disalurkan kepada keluarga berkenaan melalui inisiatif sumbangan rakyat Malaysia yang dilancarkan sekaligus memberi kemudahan mereka menjaja buah-buahan dan sayur-sayuran di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu dan pasar malam di sekitar Gua Musang.

"Walaupun hidup dalam serba kekurangan, mereka tidak pernah menyerah kepada nasib, malah terus berusaha meraih pendapatan melalui aktiviti berjualan di pasar berkenaan.

"Dengan motosikal usang yang dimiliki oleh Sulaiman, mereka berulang alik dari Gual Periuk, Rantau Panjang ke Kota Bharu setiap hari dan sese…

Hulurkan bantuan kepada keluarga 4 anak OKU & sawan

Salam semua.

Saya baru mendapat info, asnaf yang pejabat saya pernah bantu tahun lepas, Puan Susila di Rawang, baru keluar wad selepas kena darah tinggi.
Hari ini, salah seorang anak dia yang OKU, kena sawan tarik. Sudah 2 hari tidak sedarkan diri.
Ada kakak, Pn Anis yang menjaga dia mohon bantuan sesiapa yang dapat membantu.
Bantulah RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100. Sekadar mampu.
Maklumat lanjut:

Akaun Maybank: 158088517666 (Susila Rosnita)
Alamat rumah:
G-2-13 Apt Anggerik
Jln Bunga Raya, Bkt Beruntung
48300 Rawang, Selangor
Tel: 017-3155168

Keluarga ini mendapat bantuan zakat Selangor sepenuhnya seperti sewa rumah RM400 (dibayar kepada tuan rumah) & bantuan sara hidup sebanyak RM350 untuk 5 orang. Bantuan tidak dapat ditambah dan hanya mengharapkan belas ihsan orang ramai dengan bantuan saya & rakan-rakan dalam group Whatsapp. Berita terbaru, Pn Susila ni perlu dibawa ke hospital untuk merawat penyakit darah tinggi beliau. Boleh Whatsapp saya utk makluman lanjut 013-364…

Anak kecil disangka gastrik rupanya kanser ovari

Kuantan: “Saya tidak sangka sama sekali sakit perut dialaminya seawal usia tiga tahun petanda awal dia menghidap kanser ovari,” kata Zaliza Muhamad Ghaus, 36.

Menurutnya, boleh dikatakan setiap dua atau tiga bulan sekali, anaknya, Nur Aliz Darwisyah Samsul Hamizan berusia lapan tahun diserang sakit perut, tetapi setiap kali membuat pemeriksaan di klinik atau hospital hanya diberitahu menghidap gastrik biasa.

Ahli Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser ((PESONA) Kuantan itu hanya mengetahui anaknya menghidap kanser selepas mengadu sakit perut tiga hari berturut-turut pada Jun lalu.

Menurutnya, Aliz muntah dengan banyak ketika mereka berbuka puasa menyebabkannya dan suami, Samsul Hamizan Mohamad Salleh, 42, membawanya ke Klinik Keluarga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Indera Mahkota untuk mendapatkan rawatan.

“Sebaik ujian imbasan menggunakan mesin pengimbas tomografi berkomputer (CT scan) dilakukan, doktor mengesan ada ketumbuhan dalam perutnya.

“Doktor menasihatkannya sup…

Aduan & Pertanyaan berkenaan SST

Perdana Menteri mahu Tembok Besar China di Kuantan dirobohkan

Bapa enam anak rayu bantuan bedah pinggul

PETALING JAYA: Sudah jatuh ditimpa tangga! Itulah dugaan ditanggung bapa kepada enam anak yang kehilangan tempat berteduh akibat kebakaran dan disahkan pula menghidapi tuberculosis (tibi) beberapa bulan selepas itu.

Kata Mohd Shukri Ahmad Najri, 38, selepas insiden kebakaran yang meranapkan rumah sewanya pada September 2015, dia diuji sekali lagi sehingga terpaksa terlantar di hospital selama 32 hari pada Januari 2016.

Bertitik daripada itu, bermulalah episod duka kerani di institusi kerajaan itu apabila terpaksa bergantung ubat selama hampir dua tahun sehingga November tahun lalu bagi merawat penyakitnya.

Namun, dia kini merayu kepada orang ramai untuk memberi sumbangan kewangan bagi membolehkannya membayar alat tulang ganti pada bahagian pinggul yang dijangkiti kuman dan dianggarkan bernilai antara RM18,000 hingga RM24,000.

Menurut Mohd Shukri, jumlah itu hanya untuk membayar nilai alat tersebut memandangkan kos pembedahan akan ditanggung kerajaan kerana dia adalah penjawat awa…

Gadis ingin melanjutkan pelajaran ke UMS mohon bantuan

Sik: Seorang gadis pintar merayu sumbangan bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) 4 September ini berikutan keluarganya tidak mampu menyediakan belanja diperlukannya.

Nurul Natasha Anuar, 20, dari Kampung Sadu di sini, memerlukan RM4,000 iaitu bagi membayar yuran pengajian RM2,050, tiket penerbangan RM1,500 serta keperluan lain yang belum dibeli.

Dikenali sebagai Ayong, dia tidak mempunyai cara lain lagi untuk mendapatkan wang bagi menampung pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Sumber Manusia).

“Ibu saya Halimaton Husin, 44, menjual ulam di pasar tiga hari seminggu dengan pendapatan RM70 hingga RM80 sehari.

“Ini bermakna pendapatan ibu secara purata hanya RM30 sehari dan dengan wang itulah dia menyara tiga lagi adik saya yang masih bersekolah.

“Wang itu hanya cukup untuk persekolahan mereka manakala makan minum harian, kami makan di rumah datuk yang tinggal bersebelahan dengan rumah kami,” katanya anak sulung daripada lima beradik itu.

Nurul …

Penjual Bunga OKU Mohon Bantuan RM5,000 Untuk Jalani Pembedahan Jantung

IPOH:Seorang penjual bunga orang kelainan upaya (OKU) memohon bantuan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada orang ramai untuk membeli beberapa alat pembedahan bagi merawat penyakit saluran jantung tersumbat yang dialaminya sejak lima tahun lalu.

R. Rengaiya, 43, berkata, dia pernah ke Institut Jantung Negara (IJN) pada tahun 2013 untuk mendapatkan rawatan namun terpaksa membatalkan hasrat untuk melakukan pembedahan akibat kos yang tinggi sehingga RM60,000 diperlukan.

“Saya kemudian mendapatkan rawatan jantung di Hospital Serdang dan kini pihak hospital meminta saya membayar RM5,000 untuk membeli beberapa peralatan bagi melakukan pembedahan.

“Tarikh pembedahan telah ditetapkan pada 6 September ini namun saya masih tidak mampu untuk membayarnya. Sekiranya saya tidak membayar wang itu, pembedahan tersebut tidak dapat dijalankan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Rengaiya, dia yang merupakan OKU sakit tulang belakang sejak tiga tahun lalu itu mempunyai halangan untuk b…

Hulurkan sumbangan ringankan beban keluarga rumah terbakar

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Petang tadi saya menziarahi keluarga saudara Arijan di Kg. Kuantan, Kuala Selangor yang ditimpa musibah apabila rumah beliau hangus dijilat api dalam satu kebakaran awal pagi Jumaat yang lalu. Syukur tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian berkenaan dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian.






Anak perempuan saudara Arijan, Nurul Izzatti bakal mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos depan, dengan segala persiapan telah hangus musnah dalam kebakaran berkenaan.

Mudah-mudahan dengan kesabaran mangsa & keluarga dalam menerima takdir Ilahi ini, Allah SWT gantikan sesuatu yang lebih baik & dikurniakan ganjaran pahala kesabaran yang besar. Rabbi Yassir Wala tu'assir, Rabbi Tammim bilkhoir..

Jika sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan: NURUL AIN IZZATTI ARIJAN
7615584952 (CIMB Bank)

Sumber: Dr Dzulkefly Ahmad

Rayuan sumbangan pesakit kanser tulang

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada:
Muhd Safuan bin Nor Azhar Maybank: 155069204567 (Nor Azhar bin Hussain)  Telefon: 019-9096451

Bekas vokalis Panji menderita Hepatitis C mohon bantuan*

*Vokalis Panji, Mohd Rafi telah meninggal dunia. Al-fatihah.
KUANTAN: Tidak mampu bercakap lama dan hilang kudrat untuk bergerak adalah derita yang kini sedang ditanggung oleh bekas vokalis kumpulan Panji, Mohd Rafi Ibrahim selepas doktor mengesahkan menghidap Hepatitis C.

“Saya sudah tidak berdaya lagi untuk bekerja dan untuk berbual juga sukar, kalau boleh memang hendak segera sembuh tetapi doktor maklumkan hati saya gagal untuk berfungsi,” katanya yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Mohd Rafi yang lebih dikenali sebagai Opie, 48, sebelum ini dikejarkan ke HTAA selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berehat di rumah mereka di Indera Sempurna, di sini, Sabtu lalu.

Opie yang sebelum tidak sedarkan diri dan dirawat di wad kecemasan HTAA, kini boleh berinteraksi dan berbual bersama mereka yang melawatnya namun tidak mampu bercakap untuk tempoh lama.

“Doktor kata saya perlu menjalani satu lagi pemeriksaan lanjut pada 20 Ogos ini, kini saya disahkan mengalami he…

Mohon Sumbangan Ikhlas Alat Bantuan Pendengaran

Dengan rasa rendah hati dan penuh pengharapan,saya MUHAMMAD HAMZAH BIN BAAIN (bapa) kepada MUHAMMAD AL FATEH ingin memohon sumbangan seikhlas hati kalian. Ia bertujuan untuk membeli sepasang alat bantuan pendengaran untuk cahaya mata kami yang tersayang, Al Fateh.

Muhammad Al Fateh disahkan hilang upaya pendengaran ketika bayi. Atas nasihat doktor, dia perlu memakai alat bantuan pendengaran agar dapat membantu dia mendengar bunyi di sekeliling, membentuk percakapan secara verbal dan dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Dukacitanya, permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak zakat TIDAK DILULUSKAN, dan status permohonan JKM masih dalam proses. Rentetan itu, kami terpaksa mencari sumbangan kilat daripada ahli keluarga terdekat agar dapat membeli alat bantuan pendengaran yang berharga RM6000 secepatnya. Memandangkan Fateh sudah mencapai 2 tahun, dia perlu mula memakai alat dalam tempoh ini. Permohonan baru dan rayuan zakat telah kami kemukakan semula. Dan untuk mendapatka…

Mohon bantuan cari waris bayi ditinggalkan

SHAH ALAM - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di sebuah hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Seksyen 7 di sini tengah malam tadi.
ㅤ ㅤ
Dalam kejadian pukul 12.45 tengah malam itu, bayi malang tersebut ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain berwarna merah jambu dengan kesan darah di bahagian pusatnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bayi tersebut ditemui oleh seorang pemandu lori yang dalam perjalanan menuju ke stor syarikat kateringnya.
ㅤ ㅤ
Katanya, ketika dalam perjalanan pemandu lori berkenaan telah melihat suatu objek sebelum memberhentikan kenderaannya. "Sebaik turun, pemandu lori itu telah mendengar suara bayi menangis dan membawa bayi yang masih bertali pusat dan mengalami pendarahan sedikit di tali pusat ke pondok polis Hospital Shah Alam. "Kita percaya bayi perempuan itu ditinggalkan di hentian bas berkenaan sebaik dilahirkan," katanya di sini sebentar tadi.

Orang ramai yang mempu…

Maahad tahfiz rayu bantuan bina asrama

TEMERLOH - Maahad Tahfiz Al Istiqamah (MTIS) merayu sumbangan orang ramai bagi pembinaan asrama pelajar di maahad tersebut.

Terletak di Kampung Padang Lalang, Jalan Maran, maahad itu memerlukan kos kira-kira RM190,000 untuk menampung pembinaan asrama tersebut.

Mudirnya, Zarimi Shu­bra­wi memberitahu, pihak­nya menjangkakan asrama terbabit dapat disiapkan pada tahun depan.

Menurutnya, kewujudan asrama itu dapat menampung hingga 60 pelajar dan ia melibatkan fasa satu. "Apabila asrama ini siap, kita boleh menambahkan jumlah pelajar kerana buat masa ini kita hanya boleh menerima 28 pelajar sahaja. "Kita turut merancang untuk penambahan jumlah pelajar antara 30 atau 40 orang bagi sesi pembelajaran 2020 nanti," katanya lagi.

Maahad yang mula beroperasi pada tahun lalu terdiri 18 pelajar lelaki dan 10 perempuan berusia 14 tahun dan memiliki 15 tenaga pengajar iaitu enam guru tetap dan sembilan separuh masa.

Sementara itu, Zarimi tu­rut memberitahu dua pelajar MTIS berjay…

JKM mencari waris bayi ditinggalkan

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris kepada tiga bayi dan lapan kanak-kanak. Sila hubungi 03-2612 4000.

JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kerjasama daripada waris amat penting bagi melancarkan urusan penempatan semula bayi dan kanak-kanak berkenaan.

Bagi kes pertama, JKM Wilayah Persekutuan menerima kes membabitkan bayi lelaki tanpa nama berusia sebulan yang dirujuk ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bayi berkenaan ditinggalkan selepas dilahirkan pada 4 Jun lalu dan mengikut rekod hospital, ibu kandungnya dikenali sebagai Diana Daud beralamat No 43B, Lorong Haji Taib 1, Chow Kit.

“Kes kedua membabitkan bayi lelaki berusia dua bulan hanya dikenali sebagai anak kepada Choong Hooi Leng.

“Kes ketiga juga membabitkan bayi lelaki ditinggalkan ibu kandung dikenali Yulis Anita Mat Lihat selepas dilahirkan pada 21 Mei lalu. Hasil semakan, wanita it…

Mohon doakan bayi malang ini

Mohon sahabat sekalian doakan anak ini diberi kesembuhan daripada Kanser Kelopak Mata. Anak ini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (Kimoterapi) seterusnya akan dirujuk ke Pakar Mata.

Bantuan dari segi kewangan juga diperlukan untuk meringankan beban keluarga ini.

Nama Suami : Mohd Faizal bin haidzir
Nama Isteri : Norma Binti Isa
Nama anak : Nur Aina Maisarah binti Mohd Faizal.
Alamat : No 2621 Lorong 1/11 Taman Serai Wangi 3&4 Padang Serai

Akaun bank: BSN
Mohd Faizal Bin Haidzir
0711041000004229
Tel : 019-5208680 Faizal

Mohon SHARE bagi membantu anak dan keluarga ini.

Bapa rayu bantuan kos rawatan anak

KUCHING: Seorang bapa kepada kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah paru-paru, asma dan jantung berlubang merayu pihak berkaitan untuk mendapatkan rumah sewa di pusat bandar raya ini bagi memudahkannya membawa anak mendapatkan rawatan kesihatan.

Abang Zayid Abang Zaini, 42, yang bekerja sebagai buruh berkata, dia memerlukan bantuan berkenaan kerana anak bongsunya, Nur Fatin Fatihah yang berumur setahun 11 bulan perlu menjalani pemeriksaan rapi di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Pusat Jantung HUS di Kota Samarahan setiap bulan.

Lebih menyedihkan kata Abang Zayid, dia bersama isterinya, Rafidah Ismail, 41 dan anaknya itu sekarang tinggal di bilik sewa yang sempit di tingkat empat sebuah bangunan di Matang Jaya di sini dengan bayaran sebanyak RM300 sebulan.

“Akibat kesukaran ini ditambah pula dengan pendapatan yang tidak seberapa, saya tidak mampu
menyediakan kediaman lebih selesa untuk anak bongsu saya yang menghidap penyakit kronik sejak dalam kandungan.

“Justeru, saya merayu ke…

Mohon bantu bayi hidap 6 penyakit

Orang ramai yang ingin membantu adikMuhammad Alif Nafis boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) (0630029000073905) atau menghubungi talian 010-5775818.

Bapa mohon bantuan kos pembedahan anak hidapi jantung berlubang

“SAYA sudah buntu dan habis ikhtiar mencari RM45,000 untuk menampung kos pembedahan anak saya yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir," kata nelayan, Rudi Abdul Wahab, 40.

Rudi yang berasal dari Kampung Bakau Tinggi, Chukai, Kemaman berkata, anak bongsunya, Nurul Nasmira Najwa, 11, perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur secepat mungkin bagi menutup dua lubang pada jantungnya.

Katanya, dia tidak mampu mengumpul wang sebanyak itu kerana berpendapatan kurang RM300 sebulan dan pada masa sama perlu menyara keluarganya yang mana isterinya, Norhayati Ramli, 39, kini dirawat di Hospital Besar Siti Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana buah pinggangnya rosak.

"Saya memang tidak mampu, terpaksa minta ehsan orang ramai, saya datang ke sini (Kuantan) menaiki bas untuk mencari ikhtiar supaya kisah anak saya dapat disiarkan dan diketahui oleh orang ramai bagi mendapat bantuan.

"Untuk makan tengah hari pun tidak tahu macam mana, paling penti…

Mohon bantu adik Sufi Sumayyah jalani pembedahan

Orang ramai yang ingin membantu Sufi Sumayyah boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 158118351055 atas nama Rohani Muhammad Hayat.

Bantulah kami, rakyat Malaysia

RAKYAT Malaysia yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Australia memerlukan dana kewangan bagi menampung kos rawatan yang kini mencecah AUD15,000 (RM45,000).

Zakaria Darus, 50, dari Taman Seroja, Sungai Layar, Sungai Petani, dimasukkan ke Royal Brisbane and Women's Hospital akibat serangan angin ahmar ketika mahu menghadiri majlis konvokesyen anak sulungnya, Farhan, 22, pada 18 Julai lalu.

Isterinya, Normahani Alli, 45, berkata Zakaria mula menunjukkan petanda apabila suaminya hampir terjatuh di dalam bilik air tetapi dia berjaya menahan badan lelaki itu.

“Kami berdua tiba di Gold Coast pada 17 Julai lalu, sebelum dijemput anak ke penginapannya di Toowong, Brisbane untuk menghadiri majlis konvokesyen di Universiti Queensland pada keesokkannya.

“Sebenarnya suami memang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dia kelihatan lemah sejak kami tiba di lapangan terbang sehingga hampir terjatuh di dalam bilik air di rumah anak,” katanya ketika ditemui di kediaman mer…

Mohon bantuan perubatan suami terlantar kemalangan

Kuala Lumpur: “Kehidupan kami anak-beranak bertukar sekelip mata apabila individu yang menjadi ‘tulang belakang’ kepada keluarga kini terlantar koma akibat terbabit kemalangan. “Kami sekeluarga hilang sumber pendapatan akibat kekangan kewangan sehingga saya terpaksa mengharapkan ihsan keluarga dan rakan,” kata suri rumah Nooraishah Mailzul, 33.

Nooraishah berkata, suaminya, Khairul Anuar Zainudin, 33, koma berikutan terbabit kemalangan jalan raya berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati di sini, pada 18 Jun lalu.

Katanya, setiap hari dia berdoa kepada Allah SWT agar urusan membesarkan empat anak berusia 12 bulan hingga lapan tahun dipermudahkan. “Mujur ada sedikit wang simpanan milik suami, tetapi saya tak tahu sampai bila kami anak beranak mampu bertahan. Mungkin kami hanya boleh bertahan sebulan sahaja lagi jika mengharapkan wang simpanan suami semata-mata,” katanya.

Dia memberitahu, ketika kejadian Khairul Anuar berkerja sebagai penarik kereta dirempuh…

Mohon bantuan ingin tolong pasangan daif

Salam admin & warga Bandar Puncak Alam.

Saya selalu update jual lemang sahaja, tetapi hari ini amat tersentuh hati saya, saya tak tahu nak tulis macam mana. Pasangan ini selalu kelihatan di Alam Jaya kalau ada yang perasan. Kerja dia mengutip besi-besi buruk dan lain-lain untuk dijual demi sesuap nasi, dia tak mencuri dan apa yang dia nak ambil dia akan tanya dahulu.

Kalau orang tak bagi dia tak ambil. Sebelum ini pasangan ini bersama anak lelaki mereka berumur 1 tahun 6 bulan akan singgah di kedai saya. Saya akan bagi mereka makan & minum apa saja yang mereka nak makan hingga kenyang. Anaknya itu tidak pernah hisap susu botol, hanya minum teh ais, sirap & apa sahaja yang mereka minum, dia akan minum.

Dalam umur seperti itu dia makan nasi lemak pedas share dengan ibunya, masa tu ibunya juga tengah sarat mengandung. Baru minggu lepas ibunya baru bersalin. Saya tengok kedua-dua anak diusung kesana sini di tengah panas dan hujanm, ikut mereka cari besi buruk. Bayan…

Doakan adik Naufal kembali pulih

Marilah kita berdoa agar adik Naufal Amsyar Nabil Fikri, 10, bulan agar kembali pulih seperti biasa selepas dikatakan dalam keadaan kritikal kerana jatuh daripada buaian dua kali ketika di bawah jagaan pengasuhnya.

Naufal yang dirawat di unit kecemasan Hospital Pakar Sultanah Aminah, Johor disahkan mengalami lebam di dahi kiri, pendarahan di mata dan retak tempurung kepala.

Ibu bapa Naufal menyedari anak mereka kerap menangis dan susah tidur mulai 10 Julai lalu sebelum pengasuh itu mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh dari buaian sepanjang di bawah jagaannya.

Bayi terbabit dijaga wanita itu pada 28 hingga 30 Jun lalu dan dari 2 hingga 17 Julai lalu antara jam 8 pagi hingga 6 petang.

Pengasuh wanita itu ditahan tengah malam tadi bagi membantu siasatan.

Sumber: KOSMO

Anak menghidap jantung berlubang, vokalis Margasatwa mohon bantuan

Bagi yang ingin memberikan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 7049493386 atas nama Mohd. Akmal.

Mohon bantuan tulang belakang bengkok (scoliosis)

Kepada yang ingin membantu sumbangan boleh menerusi akaun :
Maybank: 164016987098 (Khairul Adli bin Adnan)
Tel: 016-6325623
Alamat: No 297, Lorong 5, Taman Desa Kiara, Sikamat , Seremban, Negeri Sembilan

SK Assam Jawa perlu RM30000 perbaiki surau

KUALA SELANGOR – Peruntukan sekurang-kurangnya RM30,000 diperlukan bagi memenuhi keperluan fizikal Surau Al Jariah Sekolah Kebangsaan (SK) Assam Jawa bagi memperhebatkan lagi persiapan ke peringkat kebangsaan.

Guru besarnya, Nizamuddin Abd Majid berkata, keperluan landskap seperti sudut panitia, laman ilmu, refleksi dan santai serta laluan empat musim dirancang untuk diwujudkan di kawasan surau itu bagi menyertai Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS). “Pihak sekolah cukup berbesar hati sekiranya ada badan korporat, alumni sekolah dan individu prihatin yang sudi menyumbang bagi menjayakan misi persiapan inovasi fizikal ini. “Surau Al Jariah sekolah ini sudah berjaya menjuarai peringkat daerah dan negeri dalam Anugerah ASISS Peringkat Sekolah Rendah 2018,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak sekolah kini dalam persiapan rapi untuk peringkat kebangsaan yang dijangka akan dinilai juri pada September hingga Oktober nanti. “Alhamdulillah, keunikan surau yang berkonsepkan mil…

Bersedekahlah walau hanya RM1

Keajaiban sedekah yang paling ajaib adalah sedekah yang mampu mengikis sifat kikir dan bakhil dari dalam hati. Sifat kikir dan sifat bakhil adalah sifat jahat yang akan membawa seorang hamba masuk ke dalam neraka. Sifat bakhil dan kikir bila dikekalkan di dalam hati akan membuat iman tiada tempat di dalam hati. Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang telah mencontohkan kepada kita untuk menjadi seorang peribadi yang pemurah.

Kalau kita sedar dari mana datangnya harta, tentu kita tidak akan merasa memiliki harta tersebut. Dalam kita berusaha, akal dari siapa? tenaga dari siapa? kesihatan dari siapa? Bukankah semua datang dari Allah? Harta yang datang dari Allah mengapa kita rasakan harta itu milik kita? Mengapa kita abaikan perintah Allah agar kita menjadi seorang yang pemurah, mengembalikan harta yang dari Allah itu kembali ke jalan Allah iaitu dengan menyedekahkannya.



Jangan kejar fadilat

Dalam bersedekah, jangan kejar fadilat. Fadilat itu hak Allah. Allah boleh beri, Allah bol…

Bapa merayu sumbangan rawatan penyakit hati kronik anak

Orang awam boleh menghulurkan sumbangan kepada:
Maybank: 501066630604 (Mohd Fairus bin Misroh)
Telefon: 012-7484347 (Mohd Fairus bin Misroh)

Bapa jual motor untuk kos rawatan anak

SAYA mahu menjual motosikal bagi menampung perbelanjaan harian keluarga termasuk kos berulang-alik ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) tempat anak dirawat bukannya menipu seperti didakwa,” kata Mohd Khairul Najmi Rodwan.

Mohd Khairul Najmi, 22, berkata bayi lelakinya, Azim Mikail yang dilahirkan pada 20 Jun lalu di Hospital Lipis kini dirawat di HoSHAS, Temerloh kerana kritikal berikutan dilahirkan tidak cukup bulan iaitu tujuh bulan dan mengalami pendarahan pada otak serta paru-paru.

Katanya, kesihatan isterinya, Nurul Edayu Zulkafli, 25, turut terjejas kerana sering mengalami sakit perut selepas melahirkan anak kedua mereka menyebabkan dia perlu mengambil cuti bagi menjaga isterinya yang juga suri rumah. “Saya bekerja di bahagian penyelenggaraan di sebuah kilang kelapa sawit di Jerantut, dan apabila kerap mengambil cuti majikan pun memberhentikan saya pada minggu lalu, saya runsing memikirkan bagaimana mencari duit bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga. “Selepas berbi…

Bapa mohon bantuan rawatan anak

Orang awam yang ingin menyumbang boleh hubungi aidiseparow
Telefon: 014-7381530
Maybank: 112344435215

5 beranak hidup terhimpit terharu dengan sumbangan

PETALING JAYA: Kuasa tular jika digunakan sebaiknya pasti dapat memberi manfaat kepada insan yang memerlukan pertolongan.

Sebagaimana laporan mStar Online pada Selasa lalu mengenai kisah pilu lima beranak yang berada dalam keadaan terhimpit, ia ternyata menyentuh hati netizen dan bantuan yang disalurkan memberi sinar baharu buat keluarga itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dan bayi sakit, bapa pula dibuang kerja... pilu nasib 5 beranak

"Alhamdulillah, sumbangan orang ramai sudah mencecah RM20,000. Saya sangat bersyukur dengan keprihatinan semua yang membantu.

"Saya sudah tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih, hanya dapat saya kirimkan doa agar mereka yang membantu diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

"Keadaan anak saya juga semakin baik. Pernafasannya semakin OK tapi belum dibenarkan keluar lagi. Kos pembedahan pula tidak dapat diputuskan buat masa ini dan doktor mahu fokus pada kestabilan dia dahulu," kata Nuryusma Ayob ketika dihubungi mStar Online, Khamis.…

Anak perempuan hilang selepas keluar beraya

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi 011-17953334

Keluarga daif mohon bantuan pulihkan rumah usang

KOTA BHARU, 25 Jun ― Sebuah keluarga 13 orang terpaksa tidur berhimpit-himpit di rumah papan rosak, reput lagi usang dekat Pasir Tumbuh di sini.

Saadiah Samat, 63, tinggal bersama enam anak lelaki dan seorang anak perempuan, menantunya dan empat cucu di rumah berusia 30 tahun itu.

Katanya, anggota keluarganya tidur bersesak di rumah arwah suaminya yang mati 11 tahun lalu kerana mempunyai satu bilik, lapor Harian Metro.

"Bagi kami yang dewasa tidaklah kisah mengenai kesulitan tidur tetapi bagi kanak-kanak terutama yang kecil, mereka akan rasa tidak selesa," katanya.

Saadiah berkata kekangan kewangan menyebabkan beliau tidak mampu membaiki kerosakan dapur, bilik, ruang tamu termasuk lantai reput dan bumbung bocor.

Beliau berharap ada pihak sudi membantu membaiki rumahnya kerana enam anaknya itu, berusia 26 hingga 38 tahun, berpendapatan tidak menentu.

Sementara dua lagi anaknya, kini berusia 25 dan 27 tahun pula tinggal di kampung berdekatan dan juga di Johor, tambah wanita i…

Bimbang anak-anak terabai, ibu tunggal terpaksa hantar ke rumah anak yatim

Orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh menghubungi Che Wan di talian 019-5167814

Minta bantuan orang ramai cari orang hilang

Minta tolong jasa baik semua untuk viralkan sampai jumpa adik saya. Terpaksa juga post dan report polis juga telah dibuat. Semalam katanya hendak pergi beraya di rumah kawan-kawan di Tampin, Negeri Sembilan. Sampai sekarang tidak balik-balik. Tak sanggup tengok ibu di rumah tidak senang hati memikirnya anaknya bernama Intan Hasni @ Intan Hasnah seorang OKU. Sesiapa yang mempunyai maklumat atau ada terjumpa sila hubungi Jeff di talian 013-2034539.

Moga Allah membalas jasa baik kalian.

Mohon bantuan kesan orang hilang

Mohon untuk warwarkan orang hilang ini. Saya diminta wakil keluarga untuk minta bantuan dari page facebook Info Roadblock. Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi Lin 010-3106395.

Mohon bantuan anak saudara perempuan pendarahan otak

Jika ada yang berhajat ingin menghulurkan bantuan, boleh hubungi ibu Rafiqah di talian:
📞 016-3317018
Facebook: Raha Ismail

Mohon bantuan baik pulih rumah remaja lumpuh dihempap konkrit

Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan kepada:
Maybank: 552189516026 (Persatuan Sayang Sungai Petani)
No Tel: 011-23811568 (Kamaruddin)

Perkembangan terkini anggota JPJ hidup dengan tempurung kepala separuh

Pada 19 Ogos 2016 yang lalu, seorang anggota JPJ (pemeriksa kenderaan motor) Mohd Syamaizar b Yahya bertugas di JPJ Kuala Kubu Bharu, Selangor kemalangan jalan raya semasa pulang dari bertugas. Berikut merupakan keadaan terkini beliau:


Mohon bantuan orang ramai untuk meringankan kos perubatan dan ubat-ubatan harian. Bantuan boleh disalurkan kepada:

Maybank: 101151087370 Rozita binti Faiman (isteri)
No Tel: 014-985 5792 atau 011-2333 8408

Hulurkan bantuan untuk ringankan beban keluarga ini

Hulurkan bantuan kepada keluarga Harris El Hadi @ Gorgon
Tel: 011-32068111
Alamat: No 20 Solok Rawana, 10460 Georgetown

Mohon bantuan cari suami hilang

MOHON BANTUAN ! Suami saya hilang tanpa jejak selama 3 hari sejak keluar untuk bekerja pada pagi 7/6 ( Khamis ) dari rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong dengan menaiki motosikal. Report polis sudah dibuat. Mohon sesiapa yang ada maklumat atau ada menemui Hafis ( yang hilang) sila hubungi saya IRA @ 010-2298912


Mohon bantuan mencari orang hilang

Nama : Hjh Saripah bt hj hassan
Umur :
Tarikh akhir dilihat : 1 Februari 2018 di Air Pasir, Machap, Jalan Selandar, Melaka

Mana-mana pihak yang dapat mengesan mangsa, sila laporkan ke Balai Polis yang berdekatan atau hubungi nombor telefon yang tertera dibawah :
1. 0193873559 (mazlan/atok)
2. 0173719025 (hanita)
3. 0183748820 (hawa)

Tiada tempat berteduh, terpaksa tinggal di kandang kambing akibat kesempitan hidup

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi:
No Tel: 011-3681 0278 (Ruslida)

Terpaksa minta tolong jiran hantar suami lumpuh ke klinik

Orang ramai yang bermurah hati boleh menghulurkan bantuan kepada:
Bank Islam: 02048020517364 (Yahya Che Man)

Rayu bantuan jalani pembedahan untuk rawat leukimia

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan kepada:
CIMB: 7013818634 (Fazely Faizair)
No Tel: 019-3933161 (Irni Nadia)

Tujuh beranak tinggal dalam stor mohon bantuan

Orang awam yang ingin membantu boleh salurkan kepada:
Bank Islam: 14171010007586
No Tel: 017-3505681 (pejabat Pertubuhan Kebajikan BaitulHasan Kuala Lumpur)