Kasih dalam derita ibu tunggal buta tanggung 4 anak
Langkau ke kandungan utama

Kasih dalam derita ibu tunggal buta tanggung 4 anak

Wan Fazilah Wan Yusof
No Tel: 016-9374385 Nur Farah Izzati (anak)


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, namun ibu tunggal, Wan Fazilah Wan Yusof, yang kurang upaya (OKU) penglihatan, tidak pernah mengeluh membesarkan empat anaknya dalam keadaan serba kekurangan. Derita Wan Fazilah, 57, bertambah berat apabila lumpuh separuh badan diserang angin ahmar enam bulan ini, sehingga dia kini terpaksa mengharapkan belas ihsan jiran dan saudara untuk menanggung empat anak termasuk dua yang juga OKU.

Dua anak perempuannya Nur Farah Izzati, 18, dan Nur Fatin Inani, 12, OKU fizikal dan lembam sejak lahir manakala dua anak lelaki, Muhammad Afzainizam Che Ibrahim, 23; Muhammad Izzat Farhan, 20, normal. Suaminya pula, Che Ibrahim Che Leh, 52, meninggal dunia akibat pendarahan otak, dua minggu lalu.

"Suami juga OKU fizikal terpaksa berhenti kerja untuk jaga saya, malangnya dia pula meninggal dunia menyebabkan kehidupan kami semakin terhimpit," katanya ditemui di Kampung Padang, Jalan Nakhoda Saamah, di sini. Dengan keadaannya sekarang, Wan Fazilah terpaksa menumpang rumah saudaranya selepas terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu melunaskan tunggakan sewa.

Wan Fazilah berkata, dia kini sedih memikirkan masa depan keluarganya, tambahan pula perlu menanggung pelajaran anak sulungnya, Afzainizam yang juga penuntut semester tiga jurusan Pendidikan Biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). "Sekurang-kurangnya saya memerlukan RM300 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dan ubatan saya sendiri. Ia tidak termasuk perbelanjaan harian dan pengajian anak sulung saya.

"Kini hanya anak kedua, Izzat yang bekerja kampung di Terengganu menyara kami. Apabila Afzainizam pergi belajar, tinggal kami tiga beranak termasuk dua anak perempuan yang OKU di rumah mengharapkan bantuan makan minum daripada jiran dan saudara," katanya sebak. Wan Fazilah yang menerima bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berkata ketika ini saudaranya, Siti Noraiha Mahmud, 50, yang paling banyak membantu mereka sekeluarga.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.