Ibu tunggal mohon bantuan menyara keluarga
Langkau ke kandungan utama

Ibu tunggal mohon bantuan menyara keluarga

Wan Suryani Salleh
No Telefon: 019-7115891 



Pemohon: Wan Suryani Salleh
Tujuan: Menampung perbelanjaan harian untuk anak saudara OKU yang dijaganya dengan pendapatan harian hanya RM10-RM15 dari berniaga kecil-kecilan.


Seorang ibu tunggal hanya mampu menangis kerana perlu membanting tulang menyara keluarga, dua anak saudara yatim piatu serta bapa tiri yang menderita kencing manis kronik. Wan Suryani Salleh, 42, berasal dari Kamunting, Perak menyewa di Permatang Sireh, dekat sini, sejak lima tahun lalu hanya berniaga kecil-kecilan di hadapan rumah untuk mencari rezeki.

Selain dua anak berusia 16 dan 21 tahun, dia juga perlu menjaga dua anak saudara, Wan Muhammad Haziq Wan Asri, 11, dan Wan Muhammad Haikal, 12, yang menjadi yatim piatu selepas kematian ibu bapa. Ibu dua beradik itu, Safarina Awang Kechik meninggal dunia pada 2006 selepas tiga bulan melahirkan Wan Muhammad Haziq manakala bapa mereka, Wan Asri Salleh menemui ajal pada 2008 akibat nahas jalan raya.

Menurut Wan Suryani, dia menjaga dua beradik berkenaan sejak kecil berikutan saudaranya yang lain juga kesempitan hidup. Manakala bapa tirinya, Ishak Che Nas, 65, tidak mampu berniaga berikutan menghidap kencing manis kronik sehingga sukar berjalan. “Saya menetap di Permatang Sireh sejak 2011 dan berniaga bihun sup dengan pendapatan sekitar RM10 hingga RM15 sehari.

“Wang itulah digunakan untuk keperluan sekolah dua anak saudara selain membayar sewa rumah RM400 sebulan. Memang tidak cukup, tetapi itu saja yang saya mampu,” katanya. Wan Muhammad Haziq yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) belajar di Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Hashim Awang manakala abangnya di Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh.

Menurut Wan Suryani, hanya Wan Muhammad Haziq menerima bantuan RM150 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sebelum ini ketika di Kamunting, dua beradik berkenaan mendapat bantuan JKM RM400 sebulan, tetapi terhenti selepas kami berpindah dan menunggu keputusan permohonan baru,” katanya.

Semalam, pegawai JKM melawat dan mengambil maklumat keluarga berkenaan untuk siasatan. Wan Suryani berkata, dia turut berdepan kesukaran menghantar dua anak saudaranya itu ke sekolah kerana masing-masing belajar di sekolah berlainan manakala motosikal pula rosak.

Sumber  https://goo.gl/VUcBne

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.