Suami isteri tinggal di pondok terbuka mohon bantuan
Langkau ke kandungan utama

Suami isteri tinggal di pondok terbuka mohon bantuan

Sarimah Samad
Maybank: 112139037774


KUALA SELANGOR - Susah untuk bergerak dengan kaki kiri kudung dalam rumah yang sempit membuatkan pasangan suami isteri tinggal di pondok terbuka dengan keadaan serba kekurangan di Kampung Asahan, di sini.
Lebih menyedihkan, rumah PPRT tiga bilik yang dihuni empat anaknya bersama empat cucu itu terlalu padat manakala seorang lagi anak perempuannya yang sudah berkahwin tinggal di pondok kecil bersebelahan rumah itu.
Pendayung sampan, Ahmad Salleh, 62, berkata, hidupnya yang bergantung hasil upah mendayung sampan itu mengehadkannya untuk mengubah suai ruang bilik yang sempurna untuk isterinya.

"Isteri terpaksa mengesot kalau nak ke mana-mana sebab susah nak guna kerusi roda dalam rumah sempit…terpaksalah buat ruang terbuka macam pondok macam ni untuk isteri mudah nak gerak.
"Bukannya ada duit sangat nak buat bilik baru sebab bergantung dengan upah mendayung...kalau dapat bantuan buat bilik siap bilik air untuk isteri, itu sudah cukup memadai," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh datang terus ke PPRT 78, Batu 8 Kampung Asahan.

Sumber: https://goo.gl/ywpp3D

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.