Pusat tahfiz Tanah Merah mohon sumbangan beli katil pelajar
Langkau ke kandungan utama

Pusat tahfiz Tanah Merah mohon sumbangan beli katil pelajar

Pondok Tahfiz Padang Bongor
Bank Islam: 03054010020678
Maybank: 553056007684


TANAH MERAH - Pondok Tahfiz Padang Bongor, di sini, memohon sumbangan orang ramai untuk membeli katil bertingkat bagi kegunaan pelajar pusat pengajian agama itu.
Pengerusinya, Muhammad Rusydi Abd Malek berkata, pihaknya memerlukan peruntukan RM21,000 bagi membeli 30 katil tersebut yang setiap satu berharga RM700.
Menurutnya, katil itu amat diperlukan bagi kemudahan pelajar pondok tahfiz berkenaan yang kini berjumlah 40 orang.


“Bagi pembelian katil bertingkat ini, kami menawarkan kepada orang ramai untuk menyumbang dalam bentuk wakaf tunai sebagai sedekah jariah. “Walaupun sedikit sumbangan yang diberi mengikut kemampuan penderma, insya-Allah, pahala daripada sedekah jariah ini berganda dan berpanjangan,” katanya, semalam. Muhammad Rusydi memberitahu, walaupun masih banyak lagi keperluan pelajar pondok tahfiz itu, pihaknya tidak mahu gopoh dan cuba mendapatkan sumbangan orang ramai secara berperingkat-peringkat.

Katanya, pondok tahfiz mula mengambil kumpulan pelajar pertama pada Januari 2011 itu berbeza dengan pusat tahfiz biasa kerana menggabungkan tiga disiplin ilmu iaitu pengajian tahfiz, akademik dan pengajian kitab (syariah). “Insya-ALLAH kita akan cuba penuhi satu persatu keperluan pelajar. Bagi perbelanjaan harian pelajar, semuanya ditanggung oleh pihak kami termasuk makan minum,” katanya.

Sumber: https://goo.gl/K5Pzsy

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.