Pusat Tahfiz Indera Mahkota Harap Ihsan Orang Ramai
Langkau ke kandungan utama

Pusat Tahfiz Indera Mahkota Harap Ihsan Orang Ramai

Maahad Tahfiz Al-Quran Ibtida Ad-Diniyyah
No 16 Lorong IM2/78, Indera Mahkota 2
Bank Muamalat: 06010003960717
No Tel: 017-9019529 (Mudir Syed Danial Faliq Syed Talib)


Maahad Tahfiz Al-Quran Ibtida Ad-Diniyyah di Indera Mahkota memerlukan RM10,000 bagi menampung keperluan pelajar sepanjang Ramadan yang bakal disambut tidak lama lagi. Pengasas maahad berkenaan, Siti Fatimah Teh, 45, berkata, dana berkenaan bertujuan bagi penyediaan hidangan bersahur dan berbuka puasa bagi pelajar dan guru di maahad itu.

Katanya, melalui sumbangan itu pihaknya turut membuka peluang kepada masyarakat yang ingin membuat amal jariah melalui penajaan sama ada berbuka puasa atau bersahur. “Kami baru setahun setengah beroperasi dan ini adalah sambutan Ramadan kedua bagi pelajar dan guru di sini.

“Kami menggalakkan semua pihak sama ada individu, berkumpulan atau pun syarikat korporat menaja majlis berbuka puasa bagi 24 pelajar yang sedang menuntut di sini termasuk beberapa tenaga pengajar. “Kami menganggarkan kos sahur dan berbuka adalah kira-kira RM10 seorang sehari, namun ia terpulang dan bergantung kepada mana-mana pihak itu sendiri,” katanya.

Sumber: https://goo.gl/wXaz4u
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.