Mohon sumbangan siapkan masjid di Kuala Krai
Langkau ke kandungan utama

Mohon sumbangan siapkan masjid di Kuala Krai

Surau Slow Machang yang rosak dalam kejadian bah kuning pada Disember 2014, kini sedang dinaiktarafkan kepada masjid yang dikenali dengan nama Masjid Iktikaf Haji Yusuff.
Pengerusinya, Jamaluddin Yasat berkata, kerja membina masjid itu dimulakan sejak sebulan lalu dan dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.


Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kemasukan dana.
"Masjid ini dibina dua tingkat bagi memudahkan masyarakat setempat menunaikan solat lima waktu, selain mengadakan kelas agama.
"Kos keseluruhan membina masjid ini dianggarkan sekitar RM400,000 dan kita memerlukan kira-kira RM300,000 lagi untuk disiapkan sepenuhnya," katanya.
Menurut Jamaluddin, beliau bangga dengan golongan muda di kampung berkenaan kerana ramai yang hadir mengimarahkan masjid.
Justeru katanya, surau lama tidak dirobohkan dan akan digunakan pakai sementara menunggu masjid baharu siap sepenuhnya.
"Kita adakan kuliah Maghrib sebagai pengisian rohani. Kebiasaannya generasi muda yang hadir ke surau ini sama ramai dengan golongan tua.
"Sebab itu kita mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membolehkan masjid ini siap secepat mungkin. Sumbangan boleh disalurkan melalui cek atau tunai ke akaun masjid," katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bintang Mesir & Liverpool Mohamed Salah dakwah imej Islam melalui bolasepak

Anfield, LIVERPOOL: Mohamed Salah telah meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain bola sepak handalan dunia yang diminati bukan sahaja kerana hebat di padang tetapi sifat pemurahnya.

Anak Tak Mampu Bawa Ibu Ke Hospital Mohon Bantuan

Fatimah Taib
Bank Simpanan Nasional: 0213141000045693

Cristiano Ronaldo bertemu Khabib Nurmagomedov, ucap Assalamualaikum

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol.