KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Untuk Rakyat Malaysia
Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hulurkan sumbangan ringankan beban keluarga rumah terbakar

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Petang tadi saya menziarahi keluarga saudara Arijan di Kg. Kuantan, Kuala Selangor yang ditimpa musibah apabila rumah beliau hangus dijilat api dalam satu kebakaran awal pagi Jumaat yang lalu. Syukur tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian berkenaan dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian.






Anak perempuan saudara Arijan, Nurul Izzatti bakal mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos depan, dengan segala persiapan telah hangus musnah dalam kebakaran berkenaan.

Mudah-mudahan dengan kesabaran mangsa & keluarga dalam menerima takdir Ilahi ini, Allah SWT gantikan sesuatu yang lebih baik & dikurniakan ganjaran pahala kesabaran yang besar. Rabbi Yassir Wala tu'assir, Rabbi Tammim bilkhoir..

Jika sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan: NURUL AIN IZZATTI ARIJAN
7615584952 (CIMB Bank)

Sumber: Dr Dzulkefly Ahmad

Catatan terbaharu

Rayuan sumbangan pesakit kanser tulang

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada:
Muhd Safuan bin Nor Azhar Maybank: 155069204567 (Nor Azhar bin Hussain)  Telefon: 019-9096451

Bekas vokalis Panji menderita Hepatitis C mohon bantuan*

*Vokalis Panji, Mohd Rafi telah meninggal dunia. Al-fatihah.
KUANTAN: Tidak mampu bercakap lama dan hilang kudrat untuk bergerak adalah derita yang kini sedang ditanggung oleh bekas vokalis kumpulan Panji, Mohd Rafi Ibrahim selepas doktor mengesahkan menghidap Hepatitis C.

“Saya sudah tidak berdaya lagi untuk bekerja dan untuk berbual juga sukar, kalau boleh memang hendak segera sembuh tetapi doktor maklumkan hati saya gagal untuk berfungsi,” katanya yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Mohd Rafi yang lebih dikenali sebagai Opie, 48, sebelum ini dikejarkan ke HTAA selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berehat di rumah mereka di Indera Sempurna, di sini, Sabtu lalu.

Opie yang sebelum tidak sedarkan diri dan dirawat di wad kecemasan HTAA, kini boleh berinteraksi dan berbual bersama mereka yang melawatnya namun tidak mampu bercakap untuk tempoh lama.

“Doktor kata saya perlu menjalani satu lagi pemeriksaan lanjut pada 20 Ogos ini, kini saya disahkan mengalami he…

Mohon Sumbangan Ikhlas Alat Bantuan Pendengaran

Dengan rasa rendah hati dan penuh pengharapan,saya MUHAMMAD HAMZAH BIN BAAIN (bapa) kepada MUHAMMAD AL FATEH ingin memohon sumbangan seikhlas hati kalian. Ia bertujuan untuk membeli sepasang alat bantuan pendengaran untuk cahaya mata kami yang tersayang, Al Fateh.

Muhammad Al Fateh disahkan hilang upaya pendengaran ketika bayi. Atas nasihat doktor, dia perlu memakai alat bantuan pendengaran agar dapat membantu dia mendengar bunyi di sekeliling, membentuk percakapan secara verbal dan dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Dukacitanya, permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak zakat TIDAK DILULUSKAN, dan status permohonan JKM masih dalam proses. Rentetan itu, kami terpaksa mencari sumbangan kilat daripada ahli keluarga terdekat agar dapat membeli alat bantuan pendengaran yang berharga RM6000 secepatnya. Memandangkan Fateh sudah mencapai 2 tahun, dia perlu mula memakai alat dalam tempoh ini. Permohonan baru dan rayuan zakat telah kami kemukakan semula. Dan untuk mendapatka…

Mohon bantuan cari waris bayi ditinggalkan

SHAH ALAM - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di sebuah hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Seksyen 7 di sini tengah malam tadi.
ㅤ ㅤ
Dalam kejadian pukul 12.45 tengah malam itu, bayi malang tersebut ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain berwarna merah jambu dengan kesan darah di bahagian pusatnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bayi tersebut ditemui oleh seorang pemandu lori yang dalam perjalanan menuju ke stor syarikat kateringnya.
ㅤ ㅤ
Katanya, ketika dalam perjalanan pemandu lori berkenaan telah melihat suatu objek sebelum memberhentikan kenderaannya. "Sebaik turun, pemandu lori itu telah mendengar suara bayi menangis dan membawa bayi yang masih bertali pusat dan mengalami pendarahan sedikit di tali pusat ke pondok polis Hospital Shah Alam. "Kita percaya bayi perempuan itu ditinggalkan di hentian bas berkenaan sebaik dilahirkan," katanya di sini sebentar tadi.

Orang ramai yang mempu…

Maahad tahfiz rayu bantuan bina asrama

TEMERLOH - Maahad Tahfiz Al Istiqamah (MTIS) merayu sumbangan orang ramai bagi pembinaan asrama pelajar di maahad tersebut.

Terletak di Kampung Padang Lalang, Jalan Maran, maahad itu memerlukan kos kira-kira RM190,000 untuk menampung pembinaan asrama tersebut.

Mudirnya, Zarimi Shu­bra­wi memberitahu, pihak­nya menjangkakan asrama terbabit dapat disiapkan pada tahun depan.

Menurutnya, kewujudan asrama itu dapat menampung hingga 60 pelajar dan ia melibatkan fasa satu. "Apabila asrama ini siap, kita boleh menambahkan jumlah pelajar kerana buat masa ini kita hanya boleh menerima 28 pelajar sahaja. "Kita turut merancang untuk penambahan jumlah pelajar antara 30 atau 40 orang bagi sesi pembelajaran 2020 nanti," katanya lagi.

Maahad yang mula beroperasi pada tahun lalu terdiri 18 pelajar lelaki dan 10 perempuan berusia 14 tahun dan memiliki 15 tenaga pengajar iaitu enam guru tetap dan sembilan separuh masa.

Sementara itu, Zarimi tu­rut memberitahu dua pelajar MTIS berjay…

JKM mencari waris bayi ditinggalkan

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris kepada tiga bayi dan lapan kanak-kanak. Sila hubungi 03-2612 4000.

JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kerjasama daripada waris amat penting bagi melancarkan urusan penempatan semula bayi dan kanak-kanak berkenaan.

Bagi kes pertama, JKM Wilayah Persekutuan menerima kes membabitkan bayi lelaki tanpa nama berusia sebulan yang dirujuk ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bayi berkenaan ditinggalkan selepas dilahirkan pada 4 Jun lalu dan mengikut rekod hospital, ibu kandungnya dikenali sebagai Diana Daud beralamat No 43B, Lorong Haji Taib 1, Chow Kit.

“Kes kedua membabitkan bayi lelaki berusia dua bulan hanya dikenali sebagai anak kepada Choong Hooi Leng.

“Kes ketiga juga membabitkan bayi lelaki ditinggalkan ibu kandung dikenali Yulis Anita Mat Lihat selepas dilahirkan pada 21 Mei lalu. Hasil semakan, wanita it…